“Nak nangis tengok video ni” – Netizen Tersentuh Lihat 8 Beradik Ni Hadiahkan Kereta Untuk Ibubapa Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita semua mesti ada angan-angan dan impian untuk mengembirakan ibubapa kita kan. Ada yang nak bawa ke Mekah, ada yang nak bawa melancong, takpun nak belanja makan. Apa-apa effort yang kita letak untuk menggembirakan ibubapa kita sudah cukup dengan melihat mereka berterima kasih kepada kita.

Ini pula cerita 8 beradik yang buat suprise untuk ibubapa mereka. Mereka decide nak hadiahkan sebuah kereta kepada ibubapa mereka. Memang terkejut lah balik terawih tiba-tiba ada kereta baru dalam kawasan rumah. Tengok video yang dikongsi oleh @Sofia_Latifi di akaun Twitter miliknya.

Nak nangis weh!

Memang betul-betul terkesan weh tengok video ni. Dengan background music lagi. Memang ngam weh! Sapa potong bawang ni? 

Tu lah. sapa entah potong bawang. Pedih je mata ni. Nak buat video surprise ke nak buat video sedih makan iklan raya.

Kan, background music tu memang kena dengan mood. Dari tadi dok bermain dalam fikiran Salam Aidilfitri Ayah Bonda~

Allahu. Mungkin bahagian masing-masing dik. Mungkin boleh buat dekat mak mertua nanti. Kalau nak buat lah.

Itulah hikmah yang kita dapat dari hadiah yang kita nak bagi dekat parents kita. Secara tak langsung adik beradik semua jadi rapat. Nak raya pun best.

Jangan main-main kalau nampak orang tua menangis. Terus tiba-tiba sebak. Takat nampak orang tua yang meniaga kerepek dekat stesen minyak pun dah tersentuh, ni yang menangis pulak. Aduh jatuh air mata jantan.

Apa pun yang kita buat, jangan lupa restu mak bapak tu penting. Kalau tak dapat restu atau dorang tak redha tu akan ada je lah benda yang kita tak ingini berlaku. Yang tak dapat balik beraya bersama family tu, jangan lupa call orang dekat kampung tu. Selamat hari raya maaf zahir batin dari kami di Lobak Merah.

 

Baca: “Anak syurga” Netizen Sebak Tengok Anak Sindrom Down Ni Kebumi Ayahnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.