“Sedihnya tengok” – Wanita Pelihara Kucing Hilang Dua Kaki Raih Simpati Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sedihnya tengok” – Wanita Pelihara Kucing Hilang Dua Kaki Raih Simpati Netizen

Kalau kita tengok kebanyakan orang akan lebih tertarik untuk memelihara kucing-kucing yang berbaka mahal lebih-lebih lagi dari luar negara seperti British Short Hair dan Bengal.

Ada sesetengah orang juga sanggup melakukan apa sahaja tidak kisahlah perlu berhabis duit hanya untuk dapatkan seekor kucing yang diidamkan.


Namun, berbeza kepada pencinta kucing dimana mereka tidak memilih kasih dalam memelihara mana-mana kucing walaupun ada kecacatan dan masalah kesihatan terhadap si bulu tersebut.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang memelihara seekor kucing yang kelihatan cacat tubuh badan.

Wanita pelihara kucing hilang dua kaki

Video yang berdurasi 55 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok berkenaan seekor kucing jalanan kehilangan dua kaki yang dipelihara oleh seorang wanita. Kucing yang bertompok oren dan putih itu turut dikenali sebagai Ramadhan Tuah.

“Bijak dah nantok laaa”

Ada yang tertanya macam mana kucing itu berjalan

Menerusi ruangan komen di video tersebut, ada juga beberapa pengguna bertanya bagaimana kucing tersebut berjalan dengan hanya dua kaki.

Untuk menjawab persoalan itu, pemilik kucing tersebut telah berkongsi video seterusnya di laman TikTok mengenai cara kucing itu berjalan.

“Macam mana budak comel ni nak jalan?”

“Alhamdulillah bijak boleh suaikan diri dengan keadaan dia…”

Netizen luah rasa simpati, ada juga yang geram dengan gelagat si bulu itu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada meluahkan rasa simpati terhadap kucing tersebut dan ada juga yang tidak dapat menahan geram dengan si bulu itu lebih-lebih lagi apabila melihat kucing tersebut berjalan seperti seekor kanggaru. Min pun sekali geram ish!

Screenshot 2022 09 09 At 7.15.08 PmSumber: TikTok

Screenshot 2022 09 09 At 7.15.26 PmSumber: TikTok

Screenshot 2022 09 09 At 7.15.35 PmSumber: TikTok

Semoga si bulu ini menghadapi dugaan dan terima kasih akak sebab jaga dia!

Baca: “Ugut nak campak dalam sungai” – Penculik Kucing Minta RM 6,000 Sebagai Wang Tebusan

Screenshot 2022 09 09 At 7.19.58 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syafiq Sham
Lagi tulisan Syafiq
Syafiq, 21 tahun dan berdarah pahlawan negeri Melaka. Seorang yang sukakan Nasi Lemak tidak kira waktu. Pencinta lagu Indonesia juga hanya apabila dia sendu. Paling penting, dia tak suka terung.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sedihnya tengok” – Wanita Pelihara Kucing Hilang Dua Kaki Raih Simpati Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sedihnya-tengok-wanita-pelihara-kucing-hilang-dua-kaki-raih-simpati-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM