in

Sedihnya! Anjing Mati Kena Belit Ular Sawa 20 Kaki Sebab Nak Selamatkan Tuan

Ular Belit Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang ada haiwan peliharaan mesti faham perasaan kehilangan dorang kan? Apatah lagi mati disebabkan sesuatu yang macam kisah ni. Seekor anjing peliharaan dekat Sri Aman, Sarawak mati selepas korbankan diri untuk selamatkan keluarga tuannya daripada diserang ular sawa.


Menurut Berita Harian, kejadian malang tu berlaku dekat sebuah rumah di Jalan Ketajau semalam dan disedari salah seorang ahli keluarga yang cuba panggil anjing peliharaan mereka tetapi tiada respons.

Pelik dan curiga dengan keadaan tu, mereka pun pergi periksa sekitar kawasan rumah dan terjumpa anjing tu tengah dibelit seekor ular sawa sepanjang 20 kaki panjang dan 16 meter ukur lilit! Kesiannya….

Ular 2
sumber: berita harian

“Melihatkan keadaan itu, kami memukul reptilia itu supaya ia melepaskan anjing. Ular sawa itu kemudian melepaskan belitan sebelum masuk ke lubang berhampiran.”

Lepas tu, mereka terus hubungi pihak bomba pada jam 2.42 petang sebab takut ular sawa tu datang balik. Selepas satu jam mencari dan berhempas pulas, reptilia tu akhirnya ditangkap oleh 9 anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Kami dimaklumkan ular berkenaan agak agresif ketika ditangkap.”

Ular 1
sumber: berita harian

“Sedih melihatkan keadaan anjing kami yang tidak lagi bernyawa, memang kami sekeluarga terhutang nyawa padanya. Jika tidak kerana anjing ini, ular itu mungkin boleh masuk ke rumah dan menyerang kami.”

Alaaa takleh bayangkan reaksi dan perasaan dorang masa nampak anjing tu kena belit ??

Baca: Anjing Selamatkan Keluarga Tuannya Dari Dirompak Sekumpulan Lelaki Berparang di Klang

Anjing Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.