in

Secondhand Serenade Nyanyi Lagu ‘Fall For You’ Versi Dangdut Koplo Secara Live Di Bandung

Ft Secondhand Serenade Koplo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an mesti ingat dengan satu rock band yang dikenali sebagai Secondhand Serenade kan? Lagu Fall For You pasti akan ada dalam track list mp3 player korang ataupun dalam handphone yang korang dah save dalam SD card dulu.


Baru-baru ini penyanyi daripada band tersebut ada melakukan konsert di beberapa daerah di Indonesia, antaranya, Bali, Jakarta, Yogyakarta, Surabaya dan Bandung. Pastinya peminat-peminat Gen Y rasa teruja melihat idola zaman childhood mereka buat comeback.

 

Lagu Rock jadi Dangdut Koplo

Keterujaan mereka sudah semestinya makin bertambah apabila penyanyi tersebut cuba menyesuaikan diri dengan budaya di negara tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, dekat TikTok akan ada banyak lagu-lagu yang di remix kan.

Kalau lagu dari negara barat akan ada cara ubahnya dan kalau di asia biasanya akan diolah semula versi Dangdut Koplo dan rentak itu kini dah menjadi satu trend.

Disebabkan itu, tular satu video vokalis daripada kumpulan itu, John Vesely menyanyikan lagu hit mereka Fall For You versi Dangdut Koplo ketika melakukan persembahan secara live!

 

Dangdut Koplo

Sedikit info, Koplo atau Dangdut Koplo ialah subgenre dangdut yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia, ia mula diperkenalkan pada awal 2000-an.

Genre ini mendapat namanya daripada istilah slanga “koplo” yang merujuk kepada sejenis pil khayal yang dijual murah di Indonesia.

Koplo dimainkan pada tempo yang lebih pantas, Koplo juga sedikit berbeza daripada dangdut biasa dalam peranan dominan pemain dram, yang memainkan corak gendang yang lebih kompleks.

Kalau korang tak tahu macam mana rentak Dangdut Koplo tu, tengok video kat bawah ni, mesti familiar dekat TikTok kan?

@pegatriananr

fall for you dikoploin langsung bareng penyanyi aslinya?✋? #nowplayingfestival #feelkoplo #secondhandserenade #fyp

♬ Fall for You – Secondhand Serenade

Menurut pemilik video, ia dirakam pada 11 Mac lepas ketika kumpulan Secondhand Serenade ini melakukan persembahan di Bandung. Namun video ini dimuat naik pada 3 hari lepas dan meraih sebanyak 541K jumlah tontonan.

Dalam pada itu, vokalis John Vesely turut meluahkan rasa teruja dapat menyanyikan lagunya versi Dangdut Koplo di Instagram.

Rata-rata netizen memberikan reaksi speechless, terhibur dan sangat teruja apabila menyaksikannya.

Screenshot 2023 03 16 105834 Screenshot 2023 03 16 105902 Screenshot 2023 03 16 105937 Screenshot 2023 03 16 110009

Ada juga netizen yang macam tak percaya sebab ingatkan bunyi itu di edit. Hahahahha!

Baca : 1,355 Wanita Jadi JANDA Di Bandung, Indonesia Dalam 4 Bulan Serangan Covid-19, Ini Kerajaan Buat...

Featured 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.