in

Ngeri! Banjir Di Bandung, Kain Kafan Dilihat Terjuntai Akibat Tanah Runtuh di Perkuburan

Ft Tanah Kubur Runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan lebat berlarutan di Kota Bandung semalam (4 Oktober 2022) sejak jam 2 perang itu telah membuatkan berlakunya kejadian tanah runtuh di Kawasan Tanah Perkuburan Sirnaraga.


Kejadian itu telah menyebabkan 7 daripada 25 makam yang terletak di tepi sungai itu ‘terganggu’ sehingga kain kafan terjuntai dari tanah.

 

Tanah runtuh sampai kain kafan terjuntai

Ketua Unik Pelaksana Teknik di Tanah Perkuburan Wilayah 3 Pejabat Hak Cipta Kota Bintar, Bandung, Saeful Iman berkata, parit kecil yang runtuh di tanah perkuburan itu merupakan pembahagi antara jalan dan kawasan perkuburan.

“Sebenarnya yang terhakis adalah laluan pejalan kaki, lebarnya lebih kurang 1.25 meter dan panjang 30 meter dan tinggi 3.5 meter, itulah lokasi tanah runtuh,” ujar Saeful Iman, Rabu, 5 Oktober 2022.

Screenshot 2022 10 05 173555

Tambahnya, akibat keruntuhan itu, 25 makam disitu terkesan, dianggarkan dalam 10 makam telah ‘rosak’ dan perlu dibaiki, lapor sumber.

“Daripada 10 yang rosak itu, ada 7 makam yang kita rancang untuk pindahkan. Ianya terdiri daripda 2 makam kanak-kanak dan 2 makam dewasa,” jelasnya.

Berdasarkan hasil pengecaman bersama Polis Sektor Cicendo, Saeful memastikan tiada mayat dihanyutkan dalam kejadian tersebut, dikatakan ada yang sampai ternampak tubuh mayat.

“Hanya ada 3 kubur yang nampak bahagian mayatnya kerana tanah sudah terhakis, kain kafannya. Keseluruhannya ada 3 kubur.”

Screenshot 2022 10 05 173607

Seterusnya, beliau akan merekod dan menghubungi keluarga 7 kubur yang rosak. Menurutnya, pihaknya akan menyelaraskan proses pemindahan mayat dari lokasi kubur sekarang.

“Kami sedang mengenal pasti satu persatu kubur dan kami juga bekerjasama dengan penduduk yang mengenali waris untuk kami hubungi. Jadi kami anggarkan ada 7 kubur yang perlu kami pindahkan, kerana 7 itu boleh dianggap agak rosak, “ katanya.

Baca : “Dah 3 kali berlaku” –  Penggali Kubur Kongsi Pengalaman Jenazah Hidup Balik Sebelum Dikebumikan

Ft Penggali Kubur Kongsi Jenazah Hidup Balik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.