in

“Sebenarnya Hidayah di ‘depan pintu’ tapi ditolak”- Ustaz Kazim Ulas Isu Artis Bertudung Kemudian Buka Tapi Ini Jawapan A.Aida

Featured 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Allah dah bagi hidayah depan pintu…Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun sakit.”


Semenjak dua menjak ni kecoh juga isu membabitkan artis bertudung yang membuka tudung ekoran tak mahu hipokrit dan nak jadi diri sendiri.

Penceramah Bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias ketika menyampaikan ceramah perdana di Masjid Ukay Perdana pada Sabtu berkata artis yang membuka tudung kemudian buka hijabnya itu sebenarnya telah dapat hidayah allah ketika dia bertindak untuk menutup rambut dan kepalanya itu.

Namun membuka semula tudung selepas mengenakan tudung, adalah perlakuan yang menolak hidayah Allah, lapor mStar.

DATO' USTAZ KAZIM ELIAS?Siaran Langsung??? Live Now!!!~ KULIAH MAGHRIB ~< (ZnILMU 01) >@ MASJID UKAY PERDANA ~ TAUBAT SEORANG PENDOSA ~ SABTU28 Jamadil Akhir 144122 FEBRUARI 2020Sertai Kami Di Group Whatsapp :https://chat.whatsapp.com/KxZvordUYDyKH7iqwvMOFp

Posted by ZON ILMU on Saturday, February 22, 2020

 

Lepas pakai tudung, job takde. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama. Akhirnya dia buka tudung…dia tak sabar

“Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, kerinting sini, datang keinsafan dan balik dari umrah cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang…saya bertaubat”

“Lepas pakai tudung, job takde. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang. Akhirnya dia buka tudung…dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap…Nanti Allah ganti kut (perkara) lain.”

Bagaimanapun Ustaz Kazim tidak menyebut mana-mana artis, namun pada masa sama beliau memberikan contoh artis yang pakai tudung sebab ikut perintah suami namun lepas cerai buat keputusan buka tudungnya sebab ‘tak mahu hipokrit’.

Bila wartawan tanya ‘betulkah tak bertudung’, jawabnya…

Saya tak nak hipokrit, nak jadi diri sendiri sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hipokrit”

“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, memang berdosa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat i doakan agar i dapat hidayah.”

Kazim

Malah Ustaz Kazim berkata tindakan memakai tudung kemudian buka semula dan memohon peminat doakan agar diberikan hidayah merupakan tindakan PELIK.

Katanya tindakan pakai tudung itu sebenarnya diibaratkan hidayah sudah diberi ‘depan pintu’ tapi mereka menolak hidayah tersebut.

 

Datuk A.Aida jawab kenyataan Datuk Kazim

2 11

 

Sementara itu, Producer Datuk A.Aida berkata di dah tonton rakaman video Ustaz Kazim tersebut dan mengakui yang kata-kata diungkapkan Ustaz Kazim ditujukan padanya.

Namun dia tak berkecil hati sebab itu merupakan perkara yang baik.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila dan orang menegur seperti dalam ceramah ia bermakna kita masih disayangi…Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar”

 

Baca : “Susah berfesyen kalau pakai tudung” A Aida Akui Takut Keputusan Buka Hijab Undang Kecaman Netizen

Mama

 

Sumber: mStar
Sumber: instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.