in

“Susah berfesyen kalau pakai tudung” – A Aida Akui Takut Keputusan Buka Hijab Undang Kecaman Netizen

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain mic Siti lupa nak on, persembahan berdarah Aina Abdul dan persembahan kontroversi dari Drama Band, nama penerbit terkenal A. Aida juga turut disebut-sebut oleh netizen bila dia tampil dengan penampilan terbaru tanpa hijab di malam AJL baru-baru ini.

Ramai yang membuat andaian, penampilan baru A. Aida ini sengaja dibuat untuk mempromosikan filem baru terbitannya Ratu Kala Jengking Puteri Keranda yang akan ditayangkan pada 27 Februari ini.


https://www.instagram.com/p/B8XuF7jlSKa/

Namun, menerusi temubual bersama mStar, A. Aida menepis dakwaan ini dan mengatakan yang sebelum AJL lagi dia dah memang tak bertudung cuma dia belum bersedia untuk membuat pengumuman tentang penghijrahannya itu.

Tambah pengarah ini lagi, dia hanya bertudung sebelum ini kerana menghormati permintaan bekas suaminya dan selepas bercerai, dia sedar yang dia masih belum bersedia.

https://www.instagram.com/p/B8WlCzWlEbW/

Saya memang sukakan fesyen, bila bertudung banyak fesyen yang terbatas. Tengok je pakaian saya semasa di AJL, kan tak elok kalau pakai dengan tudung.”

A. Aida berkata, seminggu sebelum AJL, dia susah nak tidur kerana tak tahu sama ada dia patut memakai tudung atau jadi dirinya sendiri. Bukan tu je, wanita ini juga turut mengakui yang dia takut dengan kecaman netizen.

Saya selesa tak bertudung. Itu je lah. Senang.”

Penerbit ini turut meminta orang ramai untuk doakan agar rohani dia kuat dan kini dia sedang berusaha untuk fokus kuatkan dalamannya dan tak nak tipu diri sendiri.

 

Baca: “Tudung mana makcik?” – A Aida Buka Tudung Di Majlis AJL34, Terima Kritikan & Pujian Daripada Netizen?

Screenshot 2020 02 18 At 12.46.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.