in

“Bagi macam-macam alasan” – A. Aida Desak Datuk S Bayar Hutang RM1.3 Juta

a aida hutang datuk s

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerbit drama Datuk A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang baru-baru ini memuat naik video pendek di Instagramnya yang ditujukan kepada seorang individu bernama Datuk S yang dikatakan meminjam wang milik penerbit berkenaan yang dianggarkan berjumlah RM1.3 juta.

Menurut A. Aida lagi, individu berkenaan cuba melarikan diri selain memberi pelbagai alasan apabila diminta untuk menjelaskan hutang berkenaan.


Tambahnya lagi, individu berkenaan juga dikatakan telah berjanji untuk memberikan sebidang tanah yang terletak di Janda Baik, Pahang sebagai cagaran pinjaman wang juga tidak ditepati usahawan tersebut.

a aida production

Menurut laporan mStar, penerbit tersebut ada membuat perjanjian dengan individu berkenaan yang ingin membina sebuah kolej pendidikan. Namun, apabila institut tersebut sudah tidak beroperasi, Datuk S mula susah untuk membayar hutang berkenaan.

“Secara keseluruhan dia berhutang RM1.3 juta”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Menurut A.Aida lagi, dalam perjanjian antara dia dengan individu berkenaan, ada diletakkan sebidang tanah sebagai cagaran untuk meminjam wang tersebut. Tetapi, apabila tanah tersebut diminta oleh pengarah berkenaan, Datuk S memberikan pelbagai alasan.

Antaranya, dia mendakwa tanah tersebut atas nama isteri dan ia melibatkan proses yang sukar untuk ditukar milik.

Dalam pada itu, A. Aida berkata dia sentiasa terbuka untuk bersemuka dan berbincang dengan datuk berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian dalam melunaskan hutang berkenaan kerana sehingga hari ini, panggilan telefon kepada individu berkenaan tidak dijawab sehinggakan pengarah tersebut terpaksa hantar wakil untuk bertemu dan berbincang dengannya.

Tambahnya, buat masa ini dia belum bercadang untuk membuat laporan polis dan menunggu nasihat pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : mStar

Baca : “Mahu bela nasib rakyat” – Baby Shima Bakal Bertanding Di PRN?

baby shima bertanding prn

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.