in

Sebelum TikTok, Ini 8 App & Mobile Game Yang Pernah Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

F2 App 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum TikTok mendapat tempat di hati kita, masihkah anda ingat tentang aplikasi lain yang pernah popular di Malaysia? Beberapa tahun dulu sekitar tahun 2012 hingga 2016, aplikasi seperti WeChat dan Camera 360 pernah mendominasi namun kewujudannya semakin dilupakan berikutan semakin banyak app lain yang muncul di Google Play Store dan App Store.


Jadi, kali ini, kami nak imbas kembali lapan aplikasi dan mobile game yang pernah jadi pilihan rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu.

#1 WeChat

Aplikasi dari China ini cukup terkenal dalam kalangan remaja beberapa tahun dulu. Chat app ni memang wajib ada dalam telefon pintar kawan-kawan sekolah min sekitar tahun 2012 hingga 2015. 

Wechat App 1

Yang paling best ketika guna aplikasi ni ialah WeChat ada macam sosial media sendiri yang dikenali sebagai Moments. Pengguna boleh muat naik gambar atau status di Moments.

Walaupun dah tak ramai sangat orang Malaysia yang guna app ni, namun WeChat masih lagi digunakan secara meluas di negara asalnya.

#2 Camera 360 

Sebelum aplikasi edit gambar lain terkenal, rakyat Malaysia pernah menggilai aplikasi Camera 360 ni sebab ada banyak effects yang comel dan sweet. Jadi, aplikasi kamera ni cukup popular dalam kalangan wanita dan remaja perempuan.

C360 App 2

Sekarang, orang dah tak guna app ni sangat sebab filter kat Insta stories pun dah cukup kalau kita nak snap gambar yang aesthetic. 

#3 Dubsmash

Kalau sekarang ramai orang obses nak buat video di TikTok, dulu-dulu pula, aplikasi Dubsmash lah yang paling popular. Tak dinafikan yang memang ada banyak video Dubsmash yang kelakar ketika awal kemunculannya pada tahun 2014.

Namun, app ini dilihat tidak mampu bertahan dengan kehadiran aplikasi video lain seperti TikTok. Jadi, perlahan-lahan populariti Dubsmash hilang walaupun masih ada yang menggunakannya.

#4 Vines

Selain Dubsmash, Vines juga pernah popular sebagai platform untuk remaja berkongsi kreativiti mereka dalam membuat video. Namun, sayangnya, menurut Republic World, aplikasi itu telah dihentikan oleh Twitter pada tahun 2016.

#5 Pou (Video game)

Selain aplikasi media sosial, mobile game juga sering pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi masa lapang. Antara yang paling popular ketika zaman sekolah menengah min dulu ialah permainan Pou ni. 

Pou 1

Untuk adik-adik yang tak sempat merasai zaman tu, Pou ini ialah sejenis game di mana kita kena jaga haiwan peliharaan virtual yang dikenali sebagai Pou.

#6 Candy Crush Saga 

Dilancarkan pada tahun 2012, game Candy Crush juga pernah buat ramai orang obses. Kalau mula main benda ni memang susah sikit lah nak berhenti. Selain kanak-kanak dan remaja, permainan ini juga cukup popular dalam kalangan orang dewasa macam mak dan ayah kita.

Cc S 1

Walaupun Candy Crush ni dah tak begitu popular di Malaysia, namun menurut Business of Apps, permainan ini masih lagi mempunyai pengikutnya yang tersendiri iaitu sekitar 250 juta pengguna di seluruh dunia. Difahamkan, pengguna ini dilaporkan akan main game ini sekurang-kurangnya sekali sebulan.

#7 Subway Surfers 

Aplikasi permainan video ini juga pernah jadi kegilaan kanak-kanak Malaysia disebabkan cara bermainnya yang boleh dikatakan agak senang. Walaupun remaja dan kanak-kanak sekarang dah lupakan game ni sebab ramai yang obses dengan PUBG, menurut Cellular News, Subway Surfers merupakan antara mobile game yang paling banyak dimuat turun.

Subway Surf 1

#8 Pokemon GO

Kalau tak salah, permainan ini pula popular di Malaysia pada tahun 2016-2017. Kalau anda masih ingat, pada tahun tu, memang viral la game ni di negara kita ni sampai ramai yang sanggup ke pelbagai lokasi untuk tangkap Pokemon ni.

Namun, lama-kelamaan trend bermain Pokemon Go ini telah pudar dan mungkin hanya ada segelintir individu je yang masih setia dengan permainan ini di negara kita.

Ada ke antara korang yang masih guna aplikasi yang kami kongsikan ini sekarang? 

Sumber: Business of Apps, Republic World

Baca: Ini 7 Fungsi Telegram Bot Yang Anda Patut Cuba, Siap Boleh Mengaji Lagi!

App C360 1

Sumber: Google Play
Sumber: Google Play
Sumber: Pou Fandom
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.