in

Ini 7 Fungsi Telegram Bot Yang Anda Patut Cuba, Siap Boleh Mengaji Lagi!

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, dunia ini terbahagi kepada dua golongan jika dilihat daripada faktor penggunaan aplikasi permesejan. Jika tidak mengambil kira negara China, rata-rata penduduk dunia menggunakan aplikasi WhatsApp atau Telegram sebagai medium utama untuk berhubung.


Di Malaysia, aplikasi WhatsApp lebih menjadi pilihan memandangkan ia dimiliki oleh syarikat gergasi Facebook, yang turut memiliki aplikasi Instagram. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga aplikasi ini di telefon pintar mereka.

Cx031 39C7 9

Namun tahukah anda Telegram sebenarnya mempunyai lebih banyak fungsi dan kelebihan berbanding WhatsApp? Meskipun sebilangan pengguna menjadikan Telegram hanya sebagai tempat mereka memuat turun filem secara haram, Telegram sebenarnya bukanlah aplikasi yang boleh dipandang rendah.

Telegram mempunyai Bots yang mampu memberi fungsi menarik tanpa perlu dikawal oleh manusia. Bots adalah aplikasi pihak ketiga yang berfungsi di dalam Telegram. Dengan hanya menaip arahan, Bots mampu menjalankan sesuatu tugas yang mampu memudahkan urusan harian anda.

Berikut adalah 7 fungsi rahsia Telegram Bot yang anda patut tahu:

1. Pandai Bot

Dengan menggunakan Pandai Bot, anda boleh periksa lokasi barang yang dibeli daripada servis kurier terpilih seperti PosLaju, J&T, Ninja Van, SkyNet dan GDex.

Pandai Parcel

Bukan itu sahaja, Pandai Bot juga mempunyai fungsi waktu solat. Anda hanya perlu pilih zon yang dikehendaki, dan waktu solat yang terkini akan diberikan.

Pandai Solat

Tidak cukup dengan itu, Pandai Bot juga menyediakan fungsi arah kiblat, kajian cuaca dan kamus. Anda juga boleh baca berita terkini daripada portal ternama seperti Bernama, Harian Metro dan Astro Awani. Setakat ini, 8 portal berita disediakan untuk bacaan pengguna.

Pandai Main

2. Quran Bot

Buat anda yang sering mengaji dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar, sebenarnya Telegram juga menyediakan fungsi yang sama. Anda hanya perlu pilih surah yang dikehendaki, lalu memilih bahasa terjemahan. Setakat ini, Quran Bot menyediakan 5 bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Turki, bahasa Parsi, bahasa Hindi dan bahasa Inggeris.

Quran

3. Jawigram

Buat anda yang mahu belajar tulisan jawi dengan mudah, Jawigram adalah jawapannya. Anda hanya perlu masukkan perkataan dalam Bahasa Melayu, lalu Jawigram akan menterjemah perkataan tersebut ke tulisan Jawi.

Jawi

4. Game Bot

Sesuai untuk kaki game! Di Telegram, terdapat dua Bots penyedia permainan video yang popular dan menjadi pilihan ramai. Anda hanya perlu taip perkataan Gamee atau GameBot di ruangan carian, dan ikut arahan yang diberikan. Lebih menarik, permainan video yang disediakan boleh dimainkan bersama rakan-rakan.

Gamebot

Gamee

5. PDF Bot

PDF Bot sesuai untuk pelajar atau mereka yang bekerja di pejabat. Anda boleh ubah apa sahaja jenis fail ke dalam bentuk PDF. Senang sikit nak hantar assignment lepas ni!

Pdfbot

6. OCR Bot

OCR Bot atau nama panjangnya, Optical Character Recognizer Bot menyediakan fungsi membaca gambar dan mengubahnya ke dalam bentuk tulisan. Sebagai contoh, anda boleh mengambil gambar artikel dari surat khabar dan OCR Bot akan menghantar berita tersebut dalam bentuk tulisan.

Ocr

7. Stack Overflow Q&A Bot

Stack Overflow adalah sebuah laman web di mana programmer daripada seluruh dunia berkongsi pendapat dan bertanyakan soalan. Jika sebelum ini anda perlu menaip soalan berkenaan programming di Google dan mencari pautan yang sesuai, kini semuanya menjadi lebih mudah.

Berdasarkan gambar di bawah, anda hanya perlu menaip topik yang dicari dan Stack Overflow Q&A Bot akan menyediakan semua pautan berkenaan topik tersebut.

Stack

Ramai yang beranggapan teknologi akan membunuh kreativiti manusia dan membuatkan manusia menjadi lebih malas. Namun, jika anda menggunakan teknologi dengan cara yang baik dan efisien, urusan harian dan kerja kita akan menjadi lebih mudah dan teratur.

 

BACANak Keluar Takut Ada Yang Terasa, Anda Kini Boleh Mute Group WhatsApp Selamanya

Capture 18

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.