in

“Sebelum seluruh alam terpesong, saya betulkan”- Ramai Tertipu? Rupanya Tiada Caj Minimum Kalau Nak Bayar Guna Kad

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah alami perkara ni kan? Konon nak go cashless dan bayar guna kad, tapi bila sampai di kaunter pembayaran, kena beli lebih dari amaun tertentu baru boleh nak gunakan kad.


Perkara ni bukan asing ye di Malaysia, rasanya ini bukan kali pertama atau kedua isu ini dibincangkan.

Semalam, sebuah bebenang di Twitter rancak membincangkan tentang perkara ini.

Semuanya bermula daripada satu tweet yang mengatakan kononnya pembelian melebihi RM20 sahaja dibenarkan membuat pembayaran menggunakan kad debit.

 

Lm Feature Img 2

Tidak cukup dengan itu, pengguna twitter terbabit siap memerli sambil meminta pelanggan tersebut untuk ke mesin pengeluaran wang dan kononnya pelanggan perlu memahami prosedur kedai.

Mujur ada @eleenkasim menerangkan perkara yang sebenarnya.

Lm Feature Img 3

 

“Bercakap pasal prosedur, surcaj tidak boleh dikenakan keatas mana mana kad debit ataupun kredit. Jika berlaku pada anda, simpan resit dan buat aduan pada bank anda”

 

Cara Membuat Aduan Ke Bank Negara

Mesti ramai yang masih keliru dan tak percaya mengenai perkara ini kan? Jadi untuk mencerahkan dan memberikan maklumat tepat dan sahih tentang hal ini, Lobak Merah rujuk terus ke Bank Negara dan perkara ini memang ada dicatat dalam laman web BNM sendiri.

Berikut adalah maklumat yang perlu diberikan kalau korang nak membuat aduan ke atas peniaga yang mengenakan surcaj atau jumlah minimum pembelian untuk transaksi kad pembayaran.

 

Maklumat yang diperlukan (Sila rujuk gambar di bawah)

  1. Butiran peribadi anda (cth. nama penuh, nombor KP, nombor telefon)
  2. Nama penuh peniaga;
  3. Alamat peniaga;
  4. Nama pemeroleh saudagar (merchant acquirer) – institusi yang menyediakan terminal pembayaran – yang boleh didapati pada bahagian atas slip transaksi kad pembayaran atau terminal kad pembayaran; dan
  5. Bukti bahawa peniaga mengenakan surcaj atau jumlah pembelian minimum (cth. resit transaksi yang terdapat jumlah surcaj, notis yang dipaparkan di outlet peniaga yang menunjukkan bahawa surcaj atau jumlah pembelian minimum akan dikenakan.

Payment 01B Bm 1

Payment 02B Bm 1

So sekarang dah tau kan?

 

Sumber : Bank Negara Malaysia

Baca : Nenek Simpan RM300,000 Dalam Tin Milo, Bila Dibuka Rupanya Duit Habis Rosak Dimakan Anai-anai

Image 2021 04 08 164603

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: BNM
Sumber: BNM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.