Bagi orang tua-tua, mereka sememangnya gemar untuk menyimpan duit di beberapa tempat di dalam rumah sendiri berbanding menyimpan wang simpanan tersebut di dalam bank.
Kadang-kadang ada juga datuk atau nenek kita yang gemar menyimpan wang dalam sarung kecil, beg plastik, bekas tupperware dan sebagainya. Malah ada juga yang gemar ‘selitkan’ duit di bawah tilam, dalam sarung bantal, dalam Al-Quran dan sebagainya.
Namun, kalau korang nak tahu, terdapat banyak risiko sebenarnya sekiranya gemar menyimpan duit dalam jumlah yang banyak di dalam rumah ini. Bukan setakat takut berlakunya faktor kecurian, namun faktor serangga perosak juga perlu diambil kira.
Nenek rugi RM300,000!
Baru-baru ini, terdapat sebuah klip video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial di laman Facebook @Penang Big News yang tular selepas seorang nenek dilaporkan kerugian hampir RM300,000 duit yang disimpan di dalam ‘bank’ di rumahnya.
https://www.facebook.com/watch/?v=3619134281505573
Simpan duit dalam tin Milo, rosak dek anai-anai
Memetik World of Buzz, sejumlah duit kertas bernilai RM100 itu telah diikat secara bersama dalam jumlah tertentu sebelum disimpan di dalam beberapa tin Milo yang telah kosong.
Walau bagaimanapun, nasib malang menimpa si nenek apabila tin Milo itu telah menjadi ‘sarang’ pembiakan anai-anai yang menyebabkan kesemua wang kertas yang disimpan di dalamnya hancur dimakannya.
Menerusi klip video tersebut,jelas kelihatan sejumlah not ringgit yang bernilai RM100 yang hancur dan berderai di atas lantai gara-gara ‘dikerjakan’ oleh haiwan perosak berkenaan.
Kesemua not ringgit yang dikeluarkan (dari tin) itu mengalami kerosakan. Terdapat RM10,000 yang disekalikan dalam satu ikatan. Kesemuanya terdiri daripada 23 ikatan, jadi jumlah keseluruhan wang berkenaan adalah sebanyak RM230,000.
Ada wang yang diikat dan berlipat
Selain daripada gambar yang memaparkan timbunan wang kertas yang rosak tersebut, terdapat beberapa lagi sejumlah wang yang diikat dan berlipat.
Oleh itu, jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh nenek ini adalah sebanyak kira-kira RM300,000!
Ada antara nenek korang yang suka simpan duit dalam bekas? Min nasihatkan lebih baik simpan dalam bank, lebih selamat dari bahaya ‘alam semulajadi’ ni.
Baca: Dua Beradik ‘Rembat’ Kad ATM Nenek, Belanja ‘Sakan’ Lebih RM87K Beli Barang Branded