in

Sedih! Raih Lebih 200k Tontonan ‘Drama Air Mata’ Kakak Enggan Lepas Adik Di Majlis Kahwin Buat Netizen Sebak

Featured 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Sedih! Raih Lebih 200k Tontonan 'Drama Air Mata' Kakak Enggan Lepas Adik Di Majlis Kahwin Buat Netizen Sebak
Loading
/

Adik-beradik walau bergaduh macam mana pun pasti akan bersatu kembali macam peribahasa Air Dicincang Tak Akan Putus.


Lebih-lebih lagi bila mereka sudah tidak punya siapa-siapa selepas pemergian ibu dan ayah tercinta.

 

Kakak ‘susah’ nak lepaskan adik masa majlis kahwin sampai….

Seperti kisah yang admin nak kongsikan ni mengenai keakraban adik-beradik ni sampai si kakak menangis sedu sedan saat nak melepaskan adiknya di majlis perkahwinan.

Mana taknya, bagi pemuda ini kakak sulungnya lah merupakan tempat dia menumpang kasih dan sayang selepas kematian ibu mereka akibat kanser payudara pada tahun 2003, memetik mStar.

Kasih sayang dan keakraban dua beradik ni korang boleh tengok dalam video berdurasi 18 saat dibawah.

Video singkat tersebut jelas menunjukkan pengantin lelaki tersebut Mohd Amaluddin, 24 tahun jadi sebak sewaktu memeluk kakak sulungnya Amy Fatimah, 36 tahun yang ketika itu menangis tersedu-sedu.

Masa tu tengah salam, mungkin dia rasa sedih nak lepaskan adik dia pada orang lain. Bila tengok kakak nangis, saya pun automatik nangis.”– Amaluddin

Video yang menjadi tular di laman twitter itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan malah ramai yang syahdu dan emosi melihatkan kasih sayang dua beradik tersebut.

Syahdu

 

“Kakak bantu ayah jaga keluarga, besarkann adik beradik yang lain walaupun kami tak senang mana”

Amaluddin berkata dia rasa sebak bila memikirkan kembali segala pengorbanan yang dilakukan kakaknya itu selepas pemergian ibu mereka.

“Kakak banyak berkorban, dia besarkan kami enam beradik. Saya ni dah cukup nakal, degil apatah lagi yang lain.”

“Memang susah tappi dia banyak bantu ayah. Saya tak ada emak sejak kecil tapi dia buat saya rasa macam saya masih ada emak.”

Amaluddin berkata, layanan dan curahan kasih sayang kakaknya itu membuatkan dia rasa mempunyai emak walaupun hakikatnya sudah menghadap illahi.

Mengulas mengenai video yang tular, Amaluddin berkata perkara itu terjadi sewaktu selesai majlis perkahwinan dia dengan pasangannya Nor Azilah, 31 di Felda Lakum, Pahang pada 20 April lalu.

Sd
Sumber : mstar

Dlm

Waktu itu kakaknya dah anggota keluarganya yang lain nak berangkat pulang ke Johor.

“Kami memang rapat, ada masalah pun saya kongsi dengan dia. Semuanya spontan, mungkin sebab saya anak lelaki pertama dalam keluarga yang dah kahwin”

Admin yang tengok pun mencurah-curah air mata, apatah lagi korang. Semoga hubungan kita dengan ahli keluarga kita seikhlas dan seakrab Amaluddin dengan kakaknya ni.

Baca : Putera William Main Kayu Tiga Dengan Bestfriend Kate Middleton? Keluarga Diraja Enggan Komen

Kate

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.