in

“Sebagai orang Islam kami tak boleh terima!” – Golongan Muslim Marah Kerajaan Sri Lanka Wajibkan Pembakaran Mayat Pesakit Covid

Collage 24

Dalam Islam, kita ada garis panduan cara menguruskan mayat yang perlu diikut. Disebabkan ini, golongan Muslim yang merupakan minoriti di negara Sri Lanka telah mengadakan protes meminta kerajaan untuk menguruskan mayat Muslim yang dijangkiti Covid-19 ini diuruskan dengan betul.

Menurut Al-Jazeera, walaupun orang Islam di sana dah buat protes, nampaknya kerajaan tak menghiraukan permintaan dorang dan membuat keputusan untuk mewajibkan pembakaran mayat bagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Ap20092235571300

 

Untuk pengetahuan korang, setakat ini negara pulau ini telah mempunyai sebanyak tujuh kematian akibat penyakit berjangkit ini dan tiga darinya adalah orang Islam.

Walaupun Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan menyatakan pesakit Covid-19 boleh ditanam atau dibakar, Menteri Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi tetap berpegang teguh dengan keputusan pembakaran mayat.

966C525Be39D4636Aba6E53F71C99Cd6 18

Mayat seseorang yang mati kerana Covid-19 atau disuspek mempunyai Covid-19 perlu dibakar.”

Parti politik Islam di negara tersebut telah menuduh kerajaan di sana telah membuat keputusan kejam dan mengkhianati ritual dan permintaan keluarga.

Bukan tu je, beberapa kumpulan kanan turut mengkritik keputusan kerajaan Sri Lanka ini dan mengatakan, di saat-saat genting seperti ini, kerajaan sepatutnya menyatu padukan rakyat dan bukannya meletakkan jarak sebegini antara mereka.

 

Baca: Penduduk Islam Sri Lanka Tak Hirau Amaran Serangan Balas, “Berdegil” Nak Tunai Solat Jumaat Di Masjid

Screenshot 2020 04 13 At 12.24.08 Pm

Sumber: FMT
Sumber: Al-Jazeera