Tak lama dulu, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa pernah menyatakan perancangannya untuk bernikah dengan tunang, PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail pada bulan Mac ini.
Walau bagaimanapun, terbaru di Instagram Anugerah Bintang Popular BH semalam telah berkongsi satu keratan akhbar daripada wartawan hiburan, Raja Nurfatimah Mawar yang bertajuk ‘Neelofa, PU Riz tangguh nikah?’ di ruangan Desas Desus.
https://www.instagram.com/p/CL8HLaZgI2S/?utm_source=ig_embed
Menurut penulisan artikel tersebut, difahamkan wartawan terbabit telah mendengar ‘desas desus’ yang mengatakan Neelofa dan PU Riz terpaksa menangguhkan lagi perkahwinan mereka tanpa mengetahui apa sebab musababnya.
Risik punya risik, Raja dengar Neelofa dan PU Riz terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan. Sebabnya, biarlah mereka sahaja yang tahu,” katanya.
Pun begitu kata wartawan terbabit, penangguhan perkahwinan tersebut tiada kena mengena dengan masalah keluarga sebelum ini dan mereka mungkin ada niat tersendiri untuk tangguhkan majlis tersebut.
Namun, jangan salah faham, ia bukanlah berpunca daripada pergolakan lalu, hubungan sudah pun pulih. Mungkin ada sebab lain yang memaksa mereka menangguhkan dahulu majlis,” katanya lagi.
Memandangkan Neelofa seorang artis yang gah di negara ini, pastinya dia memerlukan masa yang rapi untuk merancang pelbagai perkara berkenaan majlis tersebut yang bakal diadakan dengan penuh gemilang nanti, kan?
Apa-apapun buat peminat Neelofa dan PU Riz, kita doakanlah yang terbaik buat mereka berdua. Mana tahu semasa tempoh PKPB nanti mereka dah jumpa masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan nanti.