“Banyak perkara terpaksa dikorbankan” – ‘Dream Wedding’ Neelofa Hancur Angkara PKP & Kes COVID 19 Yang Tak Surut-Surut

Jadikan sumber pilihan di Google
“Banyak perkara terpaksa dikorbankan” – ‘Dream Wedding’ Neelofa Hancur Angkara PKP & Kes COVID 19 Yang Tak Surut-Surut

Selepas reda isu putus tunang dan hubungannya bersama PU Riz serta ahli keluarga kembali pulih, Neelofa baru-baru ini ada mengumumkan yang pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Menurut Kosmo, dia juga pada masa yang sama akan berkongsi tentang perincian majlis tersebut dalam masa terdekat ini.


921234Sumber: The Star

Pun begitu, apa yang membuat Neelofa sedikit sedih apabila dream weddingnya dan para pengantin yang mengalami nasib yang sama hancur atau terpaksa dikorbankan angkara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alahai… 

Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.

“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja.

“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19,” katanya.

 

“Hubungan saya dengan Riz semakin baik dan positif” 

Bila ditanya mengenai desas-desus sama ada perkahwinannya bakal dipercepatkan kerana situasi yang melanda, Neelofa masih belum ada jawapan mengenai hal tersebut.

Dia juga pada masa yang sama mengakui hubungannya dengan PU Riz ketika ini sangat baik selepas dilanda gosip putus tunang tak lama dulu.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.

“Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dengan Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Saya akan kongsi, jangan risau,” katanya.

Apa-apapun kita doakanlah semoga semuanya dipermudahkan. Dapat kahwin kat pejabat agama pun kira syukurlah. 

Baca: “Kami baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini hanya salah faham” – Masih Bersama, Neelofa Bakal Umum Tarikh Kahwin

Baik

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Banyak perkara terpaksa dikorbankan” – ‘Dream Wedding’ Neelofa Hancur Angkara PKP & Kes COVID 19 Yang Tak Surut-Surut
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/banyak-perkara-terpaksa-dikorbankan-dream-wedding-neelofa-hancur-angkara-pkp-kes-covid-19-yang-tak-surut-surut/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen