Sebab Salah Key In Je Pun! Geng Bikers Pukul Pekerja Stesen Minyak Dekat Sungkai

Tambah ke Sumber Pilihan
Sebab Salah Key In Je Pun! Geng Bikers Pukul Pekerja Stesen Minyak Dekat Sungkai
Lobak Merah
Lobak Merah
Sebab Salah Key In Je Pun! Geng Bikers Pukul Pekerja Stesen Minyak Dekat Sungkai
Loading
/

Benda kecik je pun tapi diperbesarkan. Kan tak pasal pasal dah jadi kes polis!

Semalam viral dua video dekat media sosial menunjukkan rakaman CCTV dekat sebuah stesen minyak di Sungkai. Video berdurasi 42 saat tu menunjukkan sekumpulan geng bikers bertindak kasar dan pukul pekerja stesen minyak tu.


https://twitter.com/iamajayrahman/status/1051825916165246977?s=12

Kejadian berlaku pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 12.45 tengah hari tu rupa-rupanya hanyalah disebabkan tersalah key in dalam sistem. Menurut mangsa yang berusia 24 tahun, salah seorang daripada geng bikers tu nak isi minyak tapi tak beritahu dia jenis minyak RON97 jadi lepas terima duit dia terus key in minyak RON95 untuk ‘brader’ tu.

Lelaki tu tak berpuas hati walaupun kata mangsa dia dah pun minta maaf tapi tak dipedulikan. Menurut Harian Metro, geng bikers tu kemudian bawa mangsa keluar dan salah seorang boleh dilihat melempang muka dia beberapa kali.

Bukan setakat tu, dia juga ditendang hingga terjatuh dan dibaling air tin. Dia kemudian pergi buat laporan di Balai Polis Tapah selepas alami kesakitan di beberapa anggota badan.

Laporan
Sumber: Twitter

Menurut satu Facebook post dari sahabatnya, mangsa dikatakan masih trauma sampai berniat nak berhenti kerja. Tetapi (mungkin) tidak teruskan niat tu disebabkan perlu menyara adik-adiknya.

Fb Post
Sumber: Facebook

Ketua Polis Daerah Tapak, Supritendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.”

Adoyai, apa yang buat dia bad mood sangat tu sampai benda kecik pun nak mengamuk. Siap jadi kes polis lagi…

Baca: Aktivis Bengang Dijerit Bangla Semasa Di Stesen Minyak, Rupa-rupanya…

Lando Zawawi

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Sebab Salah Key In Je Pun! Geng Bikers Pukul Pekerja Stesen Minyak Dekat Sungkai
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sebab-salah-key-in-je-pun-geng-bikers-pukul-pekerja-stesen-minyak-dekat-sungkai/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM