in

Aktivis Bengang Dijerit Bangla Semasa Di Stesen Minyak, Rupa-rupanya…

Lando Zawawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Aktivis Bengang Dijerit Bangla Semasa Di Stesen Minyak, Rupa-rupanya...
Loading
/

Bagi yang mengikuti kerja amal yang dilakukan para aktivis, korang mesti kenal dengan Lando Zawawi Vrus atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi yang merupakan pengasas Brotherhood di mana gengnya ni sentiasa pastikan hak pengguna jalan raya dipelihara.


Tapi baru-baru ni nama Lando kembali disebut-sebut pulak lepas tularnya satu video ni di Youtube. Video tersebut menunjukkan Lando minta pekerja Bangladesh di sebuah pam minyak dekat Setia Alam untuk minta maaf kepadanya. Eh apsal pulak ni? 

Sumber: Youtube

Menurut sebuah portal, Lando baru je mengisi minyak di stesen Petron Setia Alam dan masuk ke dalam kereta. Sebaik je masuk ke dalam kereta, dia menyalakan api rokok dan bercadang nak gerak keluarlah dari stesen minyak tu. 

Tapi disebabkan dia merokok kat kawasan stesen minyak, pekerja Bangla tadi bertindak agresif dengan menjerit kat Lando dan mengangkat alat pemadam api yang kemudian diacu kat muka aktivis tu.

Bangla 2
sumber: youtube

Malah kata Lando lagi, pekerja asing tu mengugut untuk sembur pemadam api ke mukanya kalau dia terus merokok kat kawasan Petron walaupun di dalam kereta. Oh gitu kisahnya…

Ni rakaman CCTV kejadian tu yang viral di media sosial:

Sumber: Youtube

Sungguhpun kes ni kiranya dah selesai lah sebab pekerja warga asing tu pun dah minta maaf kat Lando dan Lando sendiri juga justify dirinya dengan katakan tak salah merokok kat dalam kereta kerana dia pun nak beredar dari kawasan tu dah pada masa tu, netizen masih tak puas hati dengan tindakan Lando. 

Isu ni mendapat perhatian ex wartawan Melodi, Zuan Azmi di Facebook yang mana dia memuji tindakan pekerja Bangla tadi yang alert dengan keselamatan di stesen minyak.

Zuan
sumber: facebook
Netizen lain jugak turut bersetuju dan anggap tindakan Lando ni seperti membuka pekung di dada.

Komen Samdol
sumber: facebook

Apa-apapun diharapkan korang kat luar sana elakkanlah daripada merokok kat kawasan awam terutamanya kat stesen minyak. Patuhi undang-undang demi keselamatan semua. 

Baca: “Inilah rakyat Malaysia suka tunjuk pandai” 

Pam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.