“Sebab kurang selesa” – Minta Bahu Ditutup, Rupanya Pavithra Pernah Pakai Gaun Yang Sama Dengan Natasha Hudson

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sebab kurang selesa” – Minta Bahu Ditutup, Rupanya Pavithra Pernah Pakai Gaun Yang Sama Dengan Natasha Hudson

Baru-baru ini kecoh di media sosial dengan isu Natasha Hudson yang telah menggayakan gaun rekaan Rizman Ruzaini dengan inner warna kulit. Gaun tersebut telah menampakkan bahu selebriti terbabit dan ramai yang telah mengecam tindakannya sebab dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang telah berhijab.

Baju 3Sumber: Kosmo

Kali ini, pereka fesyen, Rizman Ruzaini telah tampil berkongsikan bahawa gaun tersebut sebenarnya pernah digayakan oleh Youtuber masakan terkenal iaitu, Pavithra. Pavithra, 29 tahun telah memakai busana itu ketika sesi fotografi dengan majalah @pepatungmy, tahun lalu.


Perkara itu telah dikongsikan melalui Instagram rasmi @RizmanRuzaini semalam.

Dalam posting Instagram tersebut, pereka fesyen tersebut menjelaskan bahawa Pavithra sendiri yang request agar bahunya yang sedikit terdedah itu ditutup dengan sempurna. Katanya, dia kurang selesa dengan gaun yang terdedah di bahagian bahu tersebut.

Selain itu, Rizman Ruzaini juga menjelaskan bahawa sesi fotografi terbabit merupakan kali terakhir gaun itu dipinjamkan sebelum ia dijual.

Baju 1Sumber: Instagram

Difahamkan, untuk sesi photoshoot tersebut, fashion stylist juga turut berada di situ untuk memudahkan kerja-kerja suai padan busana dan aksesori untuk Pavithra. Penata gaya terbabit juga menghormati permintaan Pavithra untuk menutup bahagian bahunya dan perkara ini juga tidak menimbulkan sebarang masalah di pihak Rizman Ruzaini.

Katanya, Rizman Ruzaini takde masalah pun kalau nak tutup bahu asalkan style dan identiti gaun tersebut tidak berubah. Yang paling penting, si pemakai tu kena selesa la kan dengan baju tu. 

Setakat ini, posting tersebut telah mendapat sebanyak 20,209 likes dan 284 komen daripada netizen (ketika artikel ini ditulis).

Apa-apa pun, janganlah kita bergaduh sesama sendiri di social media. Yang baik kita kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 

Baca: “Baju tu bukan beli dengan air liur” – Pengasas Produk Tegur Rizman, ‘Back Up’ Natasha Hudson Pasal Isu Gaun Nampak Bahu

Baju

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sebab kurang selesa” – Minta Bahu Ditutup, Rupanya Pavithra Pernah Pakai Gaun Yang Sama Dengan Natasha Hudson
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sebab-kurang-selesa-minta-bahu-ditutup-rupanya-pavithra-pernah-pakai-gaun-yang-sama-dengan-natasha-hudson/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM