in

“Baju tu bukan beli dgn air liur” – Pengasas Produk Tegur Rizman, ‘Back Up’ Natasha Hudson Pasal Isu Gaun Nampak Bahu

Ft Bajunatasha

Hangat diperkatakan tentang gaun yang dipakai oleh Natasha Hudson ketika pelancaran produk suplemen kesihatan, Crystal C White baru-baru ini. Gaun berwarna putih itu menampakkan bahagian bahu dengan betis Natasha dan ianya menimbulkan kontroversi memandangkan dia memakai tudung.

Meskipun ianya berlapik dengan inner berwarna kulit, namun ia dikatakan nampak tidak manis dan menjadi buah mulut orang. Bukan itu saja, perkara itu turut mendapat perhatian pereka gaun tersebut, Rizman dari jenama duo Rizman Ruzaini.

Natasha5

 

“Baju tu beli guna duit bukan air liur.”

Rakan kongsi Crystal C White, Nor Shahlina Abu berkata dia terkilan dengan respon Rizman berhubung gaun ‘muslimah seksi’ itu. Menurutnya, sebagai pereka fesyen terkenal Rizman tak patut melatah dan menghentam balik, tidak kira siapa pun pemakainya.

Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson. Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’.”

Natasha2

Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah-olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara.”

Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina.”

Menurut Kosmo, Nor Shahlina juga turut menegaskan bahawa Rizman sepatutnya bersifat neutral dan menghormati pembeli baju (merujuk dirinya sendiri).

Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya. Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right.”

Natasha4

 

Rizman akui kecewa

Terdahulu, isu ini mendapat perhatian Rizman yang akui kecewa dan marah dengan tindakan Natasha kerana boleh mencalarkan imej jenama Rizman Ruzaini.

Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab. Tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu.”

Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab. Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha.”

Rizman1

Apa pendapat korang?

Baca: “Rekaan baju tersebut untuk wanita free hair” – Rizman Kecewa, ‘Gaun Seksi’ Rekaannya Dipakai Oleh Orang Berhijab

Collage 10

Sumber: Instagram
Sumber: Malaysiakini
Sumber: mStar