Kalau korang selalu tengok podcast ‘Apa Cerita?’ oleh Asyraf Khalid, mesti tahu tentang rutin harian yang dikongsikan oleh pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rizman untuk jenama Rizman Ruzaini.
Pereka fesyen itu melakukan amalan yang luar biasa dan mungkin menjadi sebab rezekinya dalam karier semakin melimpah-ruah.
Rutin harian sebelum subuh
Kata Rizman, setiap pagi dia akan bagi seawal jam 5.30 pagi dan akan mendirikan solat sunat taubat, solat sunat tahajud dan mengaji satu muka surat Al-Quran. Baginya, solat tahajud sangat memberi kesan kepada dirinya dan ia diibaratkan sebagai ‘panah yang kena pada sasaran’.
Artikel berkaitan: Rizman Ruzaini Kongsi Momen Berhabis RM3 Juta Ambil Naomi Campbell Peraga Busana
Artikel berkaitan: Model Tersohor, Naomi Campbell Peragakan Busana Rizman Ruzaini Untuk Dubai Fashion Week
Walaupun sudah berusia, bagi Rizman perkara yang dia ingin capai selama ini terletak pada harapan dan keimanan kepada Allah.
Apa yang kita nak capai ni tak ada clarity (kejelasan), tapi dia ada satu benda yang berharga iaitu harapan dan keimanan. Bila you tahu you berdoa kepada-Nya, you akan ada harapan you akan dapat benda tu.
Berbalik kepada dirinya sebagai seorang pereka fesyen, dia percaya niat baiknya pasti akan dibalas dengan kebaikan dan rutin harian itu telah mengubah kehidupannya sehingga sekarang.
@tunasyrafkhalid During our podcast session at @apaceritatvmy , Rizman shared his inspiring morning routine, starting his day with Solat Taubat and Tahajjud. Mashaallah, it’s a practice we should all aspire to follow.
♬ original sound – Tun Asyraf Khalid ™ – Tun Asyraf Khalid ™
Asyraf Khalid tersentuh
Menerusi video terbaharu yang dimuat naik oleh @tunasyrafkhalid, dia mengakui episod podcast bersama Rizman telah menjentik hatinya untuk melakukan semula amalan sebelum subuh.
Saya teringat balik masa mulakan bisnes dulu, lepas setahun saya solat subuh di masjid setiap hari, bangun tahajud. Bila pandemik, saya terpaksa berpindah ke tempat lain dan tak dapat pergi ke masjid tu.
Lepas Rizman punya episod, saya sangat tersentuh macam teringat baik diri saya yang dulu. Saya tahu banyak cabaran yang dia lalui dalam hidup tapi dia yakin sebab dia tahu Allah sentiasa ada dengan dia.
Sejak itu, Asyraf mula pergi ke masjid sebelum subuh dengan rakan dan anak elakinya. Dia juga ada terjumpa dengan penyanyi, Alif Satar di masjid yang sama.
Terjumpa Alif.. sampai tu dia sedekah guna kod QR dan jalan. Lepas tu anak saya pula, dia dah bawa duit RM3, duit dia sendiri.. dia letak dalam tabung.
Semua ni daripada episod podcast dengan Rizman. Lepas buat amalan ni, banyak sangat benda Allah bagi dekat saya. Saya harap boleh konsisten lepas ni..
@tunasyrafkhalid On our previous episode, we celebrated our 20th episode, and did a recap session on what we learned or what moved us during our previous 10 episodes. Catch the full episode on @apaceritamy YT. Special thanks to @Leona 🦋 for being our host for this episode.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju episod bersama Rizman telah memberi inspirasi kepada diri mereka.
Min pun terinspirasi dengan Rizman..
Sumber: TikTok