in

“Sebab dia dah tak comel lagi” – Alasan Tuan Biarkan Anjing Peliharaan Dikurung Dalam Bilik Gelap & Kotor

Doggo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak ada haiwan peliharaan ini besar tanggungjawabnya, kita kena jadikan dia sebagai sebahagian daripada keluarga kita. Tapi orang ramai yang anggap nak beli sebab ikut trend dan nak beli dengan niat yang salah, sebab comel.


Lepas tu dah lama bela, habis madu sepah dibuang bila dah tahan dengan komitmen nak bela macam keluarga ni dengan alasan yang sangat tak munasabah.

 

“Sebab dia dah tak cute”

Dog Cruelly Dumped In Dirty Dark Room After Family Decided He Wasnt Cute Anymore World Of Buzz 3 Dog Cruelly Dumped In Dirty Dark Room After Family Decided He Wasnt Cute Anymore World Of Buzz 4 Dog Cruelly Dumped In Dirty Dark Room After Family Decided He Wasnt Cute Anymore World Of Buzz 5

Ada seekor anjing terbiar dalam keadaan yang tidak terurus kerana disisihkan oleh satu keluarga ni. Alasan mereka sebab anjing tu tak tak cute lagi.

Menurut sumber WORLD OF BUZZ, sebuah oranganisasi untuk haiwan peliharaan Voices for Animals Singapore (VFA) menjelaskan bahawa keluarga tersebut tak tahan sebab anjing yang dia beli ni dah tak comel dan semakin hyperactive .

Disebabkan tu, diaorang tak hantar anjing ni untuk adoption, diaorang pergi kurung anjing ni dalam sangkar dan dibiarkan dalam bilik gelap dan kotor.

Pihak VFA menjumpai anjing ni terbiar dalam keadaan kotor bersebelahan dengan tempat buang sampah, bau busuk dan tikus banyak berkeliaran .

Memandangkan dia dah lama terkurung macam tu, keadaan anjing tu pun nampak tak terurus, bulu dia jadi lebat kotor dan nampak kusut.

Tapi mujurlah ada lagi orang awam yang sanggup bagi dia makan dan minum. Nasib baiklah ada orang inform VFA beritahu pasal anjing ni.

Dog Cruelly Dumped In Dirty Dark Room After Family Decided He Wasnt Cute Anymore World Of Buzz 7

Dog Cruelly Dumped In Dirty Dark Room After Family Decided He Wasnt Cute Anymore World Of Buzz 6

VFA terus datang dan ‘kutip’ anjing ni untuk diletakkan ke tempat yang lebih elok dan grooming balik untuk bagi bersih. Masa nak bersihkan dia tu paun groomer sampai susah nak cukup sebab kusut sangat.

Bagaimanapun anjing tu dah diselamatkan dan kini di tempat yang lebih elok di bawah jagaan VFA. Menurut VFA, anjing tu bersikap penyayang dan jinak.

“Dia anjing manja yang mahu bermain dan disayangi. Anjing ni tidak bersalah, dan haiwan ni tidak berdendam terhadap manusia. Walaupun apa yang telah dia jalani itu disebabkan oleh manusia.”

“Apa yang dia mahu lakukan sekarang ialah menjilat sesiapa sahaja yang menepuknya kerana dia hanya mahu kasih sayang.”

Tambah VFA lagi, mereka amat tegas dalam proses adoption ni. Mereka akan buat satu temubual dengan orang yang berminat nak bela tu untuk pastikan haiwan peliharaan itu selamat.

 

Baca : Sebenarnya Kucing Liar Boleh Bantu Kita Cari Haiwan Peliharaan Dengan Cara Ni

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.