Sebenarnya Kucing Liar Boleh Bantu Kita Cari Haiwan Peliharaan Dengan Cara Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hati manusia mana lah yang tak meronta-ronta bila dapat tahu haiwan peliharaannya hilang. Pastinya kita akan terus cari tanpa perli fikir apa-apa, tanya jiran dan minta jasa baik untuk tolong carikan. Masa tu mulalah buat poster tampal mana-mana supaya senang nak jumpa.

Ada yang bertuah dapat jumpa balik, dan ada juga yang tak bernasib baik. Tapi sepanjang usaha pencarian tu, sebenarnya sebarkan poster tu tak cukup. Ada lagi satu taktik lain daripada yang lain tau, ada yang dah cuba buat ianya menjadi!

 

Dua hari tak balik, minta tolong kucing lain, terus ada!

Gambar Hiasan

Ia mula digunakan daripada seorang pengguna Twitter dari Jepun @charlie0816. Menurutnya, punca dia melakukan teknik ini sebab rasa macam dah mati akal sebab kucing dia dah 2 hari tak balik rumah. Teknik macam mana tu?

” Kucing saya lari dari rumah dah 2 hari dan tak balik-balik lagi. Saya pun berbual dengan kucing -kucing lain di kawasan perumahan tu. sambil bercakap..”Kalau awak jumpa kucing saya, beritahu dia saya suruh dia balik”…Teknik tu memang efektif “

Kemudian dia cuba buat perkara yang sama kepada kucing-kucing liar lain di kawasan kedai-kedai runcit, dan ternyata kucingnya itu memang betul-betul balik rumah keesokan harinya.

Dari situ dia mula fikir bahawa teknik ini memang benar-benarn berkesan. Tapi ada netizen rasa yang ianya menjadi sebab hanya kebetulan.

Tapi, menerusi World Of Buzz ramai juga juga netizen yang menjelaskan bahawa mereka dah cuba teknik yang sama dan ia memang berkesan!

“Mak saya dah buat cara yang sama untuk sorang budak ni sebab kucing dia dah hilang 2 hari. Dia ceritakan maslaah ni kepada kucing liar dan kucing yang dia bela tu balik esoknya!”

Gambar Hiasan

Bukan tu je tau, haiwan peliharaan lain macam anjing pun menjadi.

“Anjing kami hilang jadi saya minta bantuan kucing peliharaan untuk tolong carikan. kemudia beberapa minit kemudian anjing kami balik. Saya terkejut dan tertarik dalam satu masa!”

Hurm, kalau lah betul-betul menjadi mungkin kita boleh dapatkan balik kucing-kucing kita yang dah hilang tu. Tapi bagi admin ia berkesan orang-orang yang ada haiwan peliharaan ni je kot sebab boleh faham jiwa penyayang tu ada.

 

Baca : [Gambar] Jijik! Wanita Dipenjara Sebab Biarkan Kucing Tinggal Dalam Rumah Penuh Tahi & Air Kencing

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?