in

“Scary crowd mcmni” – Balai Polis Diserbu, KPN Tangguh Isi Borang Keluar Dari Negeri

Balaipolis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum kecoh malam tadi apabila polis mengumumkan bahawa rakyat harus mendapatkan pengesahan selepas isi borang jika ingin keluar dari negeri.


Namun begitu sesuatu perkara yang tak dijangka berlaku apabila ramai orang beratur dan berkerumun di depan beberapa cawangan balai polis untuk mendapatkan pengesahan.

 

Boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat”

Disebabkan penularan virus COVID-19 di Malaysia yang telah mendatangkan kebimbangan orang ramai. Ketua Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tarik balik arahan itu.

Menerusi Astro Awani, Tan Sri Abdul Hamid berkata, orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu.

Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain. Ia susulan dengan ‘serbuan’ orang ramai yang dikhabarkan ingin pulang ke kampung halaman.

“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. Boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat”

Menerusi Twitter, dapat dilihat orang ramai berkerumun semalam di beberapa cawangan balai polis. Ada yang beratur panjang sehingga di tepi jalan dan ia mendatangkan rasa gerun netizen yang melihatnya. Apatah lagi polis-polis yang sedang bertugas tu eh?

Kejadian ini berlaku sebelum pengumuman daripada KPN dikeluarkan, orang ramai berkerumun untuk dapatkan borang.

 

Scary crowd mcm ni – Netizen

Ett 5Qku8Aa3P05 Etucchfu4Aawhwd

Etw9Pypwoaaznfz 1

Ada yang kata ramai antara mereka ni student-student yang nak balik kampung sebab kampus dah tutup, ada yang kesian tengok dan ada juga yang kecam sebab tak alert dan tak aware dengan amaran yang menggesa untuk elakkan daripada berkumpul dengan orang ramai ini.

 

Baca : “Pilu hati tengok situasi ni” – Jenazah Mangsa Covid-19 Selamat Dikebumikan

Covidd

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.