in

Sayu! Saksi Lakon Semula Adegan Zulfarhan Ditekap Seterika

Page Zulfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak kes penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Allahyarham Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang terjadi pada tahun lepas?


Farhan
sumber: nst

Kes ini masih belum selesai memandangkan kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah. Terbaru,  saksi, Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia di UPNM telah bersuara dan memberikan keterangan serta melakonkan semula adegan Allahyarham Zulfarhan ditekap seterika.

 

1. Mangsa disoal siasat suspek

Saksi dakwaan ke-24 berkenaan merupakan penghuni bilik 3-06 iaitu rakan sebilik dengan Zufarhan. Menurutnya, dia telah pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berhubung kes kecurian laptop yang dikatakan membabitkan mangsa.

Di dalam bilik tersebut, saksi memberitahu bahawa mangsa telah disoal siasat oleh tertuduh keenam iaitu Abdoul Hakeem Mohd Ali. Tertuduh bersama Muhamad Danial Firdaus Azmir mendakwa Zulfarhan telah memutar belit cerita sebelum menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali.

Q2 1
sumber: mstar

 

2. Ditumbuk dan ditendang sekumpulan pelajar

Saksi juga turut memberitahu Abdoul Hakeem telah menyuruh Zulfarhan untuk membuka seluar dan hanya memakai seluar pendek boxer sebelum menyambung memukul mangsa. 10 lagi individu kemudian masuk ke bilik tersebut dan turut serta dalam memukul mangsa.

Bukan itu sahaja, Ahmad Senabil juga memberitahu selain memukul dan menumbuk mangsa, Abdoul Hakeem turut menggunakan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah untuk menyerang mangsa.

Q5
sumber: blog

Katanya lagi, semasa dipukul, mangsa tetap berusaha memberitahu bahawa dia tidak mengambil laptop itu tetapi Abdoul Hakeem dan Danial Firdaus terus menerus memukul mangsa.

 

3. Ditekap seterika dari jam 4 pagi hingga Subuh

Walau bagaimanapun, menurut saksi, pada jam 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkan mangsa bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif, Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal serta seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.

Q4 1
sumber: facebook

Tanpa rasa kasihan dan perikemanusiaan, Muhammad Akmal Zuhairi telah menekap seterika wap di kaki dan badan Zulfarhan sementara Abdoul Hakeem duduk di atas kerusi bertanyakan soalan.

“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat.”

“Tolong!!!!! Panas!!!!!”

Kalau nak tau bukan sorang je yang menekap seterika dekat Allahyarham, tapi Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib juga tanpa belas kasihan melakukan perbuatan yang sama.

 

4. Lantai bilik berlumuran darah dicuci

Mengimbas kembali keadaan Zulfarhan pada masa itu, saksi mengatakan mangsa menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.

“Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa.”

Ahmad Senabil juga menambah bahawa Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik tersebut yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.

Q7
sumber: berita harian

 

5. Saksi diugut bapa suspek

Lebih mengejutkan, saksi memberitahu dia telah membuat satu laporan polis dua minggu yang lalu kerana diugut oleh bapa kepada Muhammad Najib supaya mengubah kenyataan dan tidak menceritakan perkara sebenar mengenai kejadian itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi dan jam 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Q6
sumber: nst

Pertuduhan terhadap mereka telah dibuat mengikut seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.

13 penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mengenai kecurian laptop mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Harap semua yang didapati bersalah akan menerima hukuman yang setimpal.

Sumber: mStar

Baca: Penuntut UPNM Meninggal Dunia Didera Rakan Dengan Seterika Wap Hingga Melecur Di Dada

Upnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.