Pelik-pelik orang zaman sekarang ni ye. Admin tak sure lah sama ada orang yang digelar flasher atau dalam Bahasa Melayunya suka tayang ‘anu’ ni ada masalah psikologi atau tak. Tapi perkara ni memang scary ye, bila si lelaki tayang anu mereka secara tiba-tiba kepada orang perempuan.
Baru-baru ni, seorang lelaki dari Kota Bharu dikenakan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret gara-gara kesalahan tunjuk kemaluan kepada seorang jurujual berpurdah.
Tiga kali tunjuk anu kepada gadis berpurdah di kaunter kedai runcit
Menurut Berita Harian, Muhammad Asyraf Baharuddin, 24 yang juga seorang penganggur ni telah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Dia didakwa melakukan kelucahan melampau ni pada seorang jurujual wanita yang berusia 36 tahun dengan menunjukkan kemaluannya di kaunter sebuah kedai runcit kat Pasir Hor pada jam 8.57 pagi, 8 Februari 2019.
Ingatkan sekali je dia buat hal macam tu. Asyraf ni jugak telah ulangi perkara yang sama pada 12 Februari dan 14 Februari lepas pada waktu lebih kurang sama. Ya Robbi apa masalah kau ni dik?

Datang nak buat pembayaran tapi buka zip tunjuk kemaluan pulak
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di kaunter kedai runcit telah didatangi Asyraf yang kononnya nak membuat bayaran. Tapi semasa nak membayar, Asyraf telah membuka zip seluarnya sebelum mengeluarkan zakar di hadapan wanita tersebut. Euwww!
Dia juga telah melakukan hal yang sama itu beberapa kali macam admin explain kat atas tadi dan perbuatannya telah dirakam CCTV sebelum laporan polis dibuat.
Pun begitu, tertuduh telah memohon mahkamah berikan hukuman ringan kerana mendakwa dia sudah insaf akan kesalahannya. Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran.
“Dalam penjara nanti tahulah nasib kau tunjuk anu”
Rata-rata netizen yang membaca isu ini mengecam tindakan tertuduh sebagai tak tahu malu dan berharap dia mendapat hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Rujuklah doktor psikologi atau pakar kalau ada masalah macam ni. Kesian orang tak bersalah jadi mangsa.
Baca: Pegawai Kerajaan Berpangkat Dato’ Ditangkap Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Wanita