in

Pegawai Kerajaan Berpangkat Dato’ Ditangkap Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Wanita

Nizam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin lama makin banyak manusia miang yang berani buat perkara tak senonoh di tempat awam.


Pada awal Februari, seorang lelaki tanpa rasa malu telah membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pekerja wanita di sebuah kedai di Melaka.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu pada mulanya berpura-pura menanyakan soalan kepada pekerja wanita berkenaan. Lelaki itu kemudiaan tiba-tiba membuka zip seluarnya, menarik baju ke atas dan menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Nizam1

Selepas daripada kejadian itu, seorang lagi pekerja wanita kedai tersebut memuat naik rakaman CCTV di Facebook dengan harapan netizen dapat membantu mengenal pasti lelaki berkenaan.

Rakaman itu kemudian menjadi viral dan netizen dengan cepat terus mendapat tahu identiti lelaki berkenaan.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Nizam dan merupakan pegawai di Majlis Perbandaran Kulai. Menurut beberapa netizen, pegawai itu memegang jawatan penting di jabatan tersebut dan mempunyai pangkat Dato’, lapor surat khabar tempatan Sinchew.

Nizam2

Mereka turut mendedahkan bahawa Nizam sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama terhadap pekerja wanita di Majlis Perbandaran Kulai. Apa yang lebih menaikkan kemarahan adalah, tiada tindakan dikenakan malah pihak berkuasa didakwa cuba menutup kes itu daripada diketahui orang dengan memindahkan pekerja perempuan tersebut ke jabatan lain.

Apabila dihubungi pihak Sinchew, jurucakap Majis Perbandaran mengesahkan lelaki yang dikenal pasti oleh netizen itu benar seorang pegawai di situ.

Jurucakap itu turut berkata bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan tentang tuduhan itu tetapi tidak boleh memberi komen tentang Nizam akan digantung kerja. Takde maknanya kannn.

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.