“Sayang” – Ada Gambar Berpelukan, Jefri Nichol Sudah Jumpa Pengganti?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sayang” – Ada Gambar Berpelukan, Jefri Nichol Sudah Jumpa Pengganti?

Seorang wanita dikenali sebagai @nabil_ahhhhh mencuri perhatian warganet selepas memuat naik beberapa foto bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol, di aplikasi Threads.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan memuat naik beberapa keping gambar hitam putih yang memaparkan momen mesra bersama Jefri Nichol, lengkap dengan kapsyen ringkas, “Sayang @jefrinichol”.


Artikel berkaitan: ‘Unfollow’ Sama Sendiri Di IG, Jefri Nichol & Ameera Khan Putus Lagi?

Artikel berkaitan: “Saya okay, netizen yang tak okay” – Amera Khan &’Open Minded’ Tengok Babak Panas Lakonan Jefri Nichol

 

View on Threads

 

Perkongsian itu pantas menjadi tular apabila ramai warganet mula berspekulasi mengenai hubungan sebenar antara wanita terbabit dan pelakon terkenal Indonesia itu.

Lebih mencuri perhatian, beberapa foto menunjukkan Jefri Nichol merangkul bahu wanita tersebut, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Di ruangan replies, ada yang terkejut, ada juga yang mengusik kapsyen berkenaan, selain segelintir mempersoalkan sama ada hubungan itu sekadar gurauan atau mempunyai maksud tersirat.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jefri Nichol mahupun wanita terbabit berhubung status sebenar hubungan mereka, sekali gus membuatkan ramai terus tertanya-tanya.

Sebelum ini, pelakon Indonesia itu dengan terbuka mengumumkan bahawa dia sedang bercinta dengan pempengaruh Malaysia, Ameera Khan yang juga dikenali sebagai Little Miss Khan.

Sumber: Threads

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sayang” – Ada Gambar Berpelukan, Jefri Nichol Sudah Jumpa Pengganti?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sayang-ada-gambar-berpelukan-jefri-nichol-sudah-jumpa-pengganti/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM