in

“Saya tolong bukan untuk dipuji” – Lelaki Ulang Alik Naik Motor Selamatkan 80 Muslim Dari Dibunuh Ketika Rusuhan Delhi

Untitled Design 16

Macam yang korang tahu, New Delhi, India kini sedang mengalami rusuhan paling teruk selepas 1984 apabila saudara-saudara Islam di sana telah dipukul dan dibunuh serta rumah, kedai dan masjid dibakar.

Ini berlaku selepas undang-undang baru dilaksanakan di India yang menyebabkan konflik di antara Hindutva dan Muslim

Cover Story 1 20200309 571 855

Dalam kekecohan ini, seorang lelaki dan anaknya dengan berani telah menolong berpuluh-puluh Muslim yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Mohinder Singh dan anak lelakinya Inderjit Singh telah membawa motosikal dan skuter mereka dan selamatkan hampir 60-80 Muslim. Huffington Post mengatakan, Mohinder dan anaknya telah ulang-alik sebanyak 20 kali ke kampung-kampung yang berdekatan dengan tempat rusuhan.

111152942 P085Rwk9

Apabila menyedari situasi menjadi semakin tak terkawal, dua hero ini mula memindahkan jiran-jiran Muslim mereka sedikit demi sedikit ke tempat yang lebih selamat dengan memakaikan turban ke kepala lelaki-lelaki beragama Islam untuk mengelakkan mereka dari dikesan.

Saya tak tengok orang tu Hindu atau Muslim. Saya hanya nampak manusia, anak-anak kecil dan merasakan macam mereka semua anak saya dan saya perlu pastikan yang mereka semua selamat.”

Bila ditanya apa motivasi lelaki ini untuk selamatkan orang-orang Islam, dia hanya berkata yang ini adalah budaya dan kepercayaan dia. Mohinder juga berkata, dia juga pernah diselamatkan semasa rusuhan anti-Sikh pada tahun 1984 berlaku dan sekarang adalah masa dia untuk bantu orang lain.

Bila masa susah macam ni, memang payah nak jumpa orang yang kisahkan nyawa orang lain berbanding diri sendiri. So respect dekat uncle ni dan anaknya!

 

Baca: Seramai 514 ‘Suspek’ Rusuhan & Keganasan Di New Delhi Ditahan, 500 Kenderaan Dibakar!

Screenshot 2020 03 06 At 5.17.42 Pm

Sumber: BBC