Bekas Ketua Hakim Diangkat Jadi Perdana Menteri Nepal, Dipilih Melalui Undian Discord

Tambah ke Sumber Pilihan
Ketua Hakim
Ketua Hakim

Nepal melakar sejarah apabila bekas Ketua Hakim Negara, Sushila Karki, 73, dipilih sebagai Perdana Menteri interim wanita pertama negara itu selepas peletakan jawatan KP Sharma Oli dan beberapa menterinya susulan gelombang protes besar-besaran anti-rasuah yang melanda seluruh negara.

Screenshot 2025 09 14 At 11.30.32 Am

Memetik laporan Independent UK, krisis politik itu tercetus selepas tindakan kerajaan mengharamkan beberapa platform media sosial popular, termasuk Facebook dan Instagram, yang mencetuskan kemarahan generasi muda.


Protes yang bermula sebagai bantahan dasar kerajaan kemudian berkembang kepada isu lebih luas, termasuk rasuah dan pengangguran. Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh manakala lebih 1,300 cedera akibat pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

Dalam suasana kekosongan kuasa, aktivis muda menggunakan aplikasi komunikasi Discord untuk mengadakan undian bagi memilih pemimpin sementara.

Hasil perbincangan yang diikuti lebih 145,000 peserta itu, Karki muncul sebagai calon utama berikutan reputasinya yang tegas menentang rasuah.

Presiden Ramchandra Paudel bersama Ketua Tentera Nepal, Jeneral Ashok Raj Sigdel, kemudiannya mencapai kata sepakat dengan wakil pergerakan anak muda untuk melantik beliau.

Screenshot 2025 09 14 At 11.31.36 Am

Artikel berkaitan: Isteri Bekas Perdana Menteri Nepal Meninggal Dunia Lepas Rumah Dibakar Penunjuk Perasaan

Artikel berkaitan Kerajaan Nepal Tumbang: Rumah Ahli Politik Dibakar, Pemimpin Dic*mpak Ke Sungai & Menteri Dip*kul

Karki dikenali sebagai tokoh kehakiman berprinsip tegas yang pernah mengendalikan kes rasuah membabitkan seorang menteri serta membuat keputusan berani membatalkan pelantikan Ketua Polis Nepal.

Namun, ketegasannya turut menimbulkan kontroversi apabila beliau berdepan usul pemecatan pada 2017, sebelum akhirnya disokong rakyat yang mahukan kebebasan kehakiman dipertahankan.

Sebagai langkah awal selepas memegang jawatan, Karki membubarkan Parlimen Nepal dan menetapkan pilihan raya umum pada 5 Mac 2026.

Keputusan itu dianggap sebagai usaha memulihkan mandat rakyat dan membawa kestabilan politik selepas beberapa minggu huru-hara, termasuk serangan terhadap pejabat kerajaan, kediaman ahli politik, dan kerosakan harta awam.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bekas Ketua Hakim Diangkat Jadi Perdana Menteri Nepal, Dipilih Melalui Undian Discord
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bekas-ketua-hakim-diangkat-jadi-perdana-menteri-nepal-dipilih-melalui-undian-discord/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM