in

Seramai 514 ‘Suspek’ Rusuhan & Keganasan Di New Delhi Ditahan, 500 Kenderaan Dibakar!

Featured 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 70 syarikat berkaitan ketenteraan, masing-masing terdiri daripada 100 anggota tentera telah dikerahkan ke bahagian Timur Laut Delhi untuk menjaga dan mengawal keselamatan di kawasan terjejas ekoran rusuhan dan pemberontakan yang berlaku.


Menurut Kementerian Dalam Negeri India (MHA) dalam kenyataannya malam tadi, sehingga kini seramai 38 orang telah terkorban dalam pergolakan kejadian tersebut.

En 20200227 134509 134645 Cs

 

MHA memaklumkan seramai 514 ‘suspek’ telah ditahan dan disoalsiasat dan menjelaskan yang jumlah itu dijangka lebih ramai lagi, sepanjang siasatan dijalankan, lapor Hindustan Times.

 

[FAKTA] 500 kenderaan dibakar semasa rusuhan!

Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan itu berkata hanya 12 daripada 203
balai polis yang terjejas dengan rusuhan.

“Tiada insiden besar dilaporkan dalam tempoh 36 jam dari balai polis yang terjejas”

Bagaimanapun Delhi Fire Service (DFS) memaklumkan sejak Isnin sehingga 8 pagi Khamis, pihaknya menerima kira-kira 218 panggilan berkaitan pembakaran semasa rusuhan dan daripada jumlah itu mereka menganggarkan kira-kira 500 kenderaan termasuk kenderaan 2 roda telah dibakar dalam lingkungan masa tersebut.

Delhi Violence Death Toll Reaches 32 2020 02 27

Charredjpg

Del

Malah kementerian juga merayu supaya rakyat tidak mudah percaya kepada khabar angin sekaligus menjadi mangsa kepada pakatan jahat dan kumpulan yang ingin mencetuskan ketegangan kaum.

Langkah-langkah ‘pembersihan’ juga telah diambil bagi membaiki semula jalan dan kerosakan harta benda awam di kawasan-kawasan rusuhan termasuk memastikan lalu lintas kembali normal.

 

Baca : Muslim jadi sasaran- Konflik Agama & Keganasan Paling Teruk Dalam Dekad, Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Featured 50

Sumber: France 24
Sumber: The Pioneer
Sumber: The Hindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.