in

Terharu Tengok Rider FoodPanda Bawa Basikal Masa Tengah Panas, Kedai Motosikal ‘Offer’ Motor Sebiji

Fp5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda semua perasan minggu cuaca panas beberapa hari lepas memang lain macam, sampaikan min bila nak tidur malam-malam pun jadi berpeluh, apatah lagi masa waktu tengah hari.


Mesti tak sanggup nak keluar rumah beli barang kan? Jadi, kita semua akan buat keputusan untuk buat delivery je, namun apa pula nasib tukang penghantar tu pula?

Biarpun itu memang tugas mereka, pasti akan terfikir sejenak macam mana mereka boleh ‘tahan’ kan?

 

Kedai offer sebiji motor sebab kesian  ‘abang Panda’ berbasikal di bawah panas terik

Malah, kadang-kadang ada yang hantar dengan basikal,scooter, jalan kaki pun ada! Mesti korang pernah dengar pasal hal ni dekat media sosial atau nampak sendiri kan?

Jadi, satu perkongsian viral pada 3 hari lepas di Facebook apabila ada satu kedai motor kongsikan foto seorang rider FoodPanda dikatakan sedang membuat penghantaran dengan menggunakan basikal ketika tengah panas terik.

Terharu melihatnya, Kedai Motor Lian Soon meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat kerana kedai ini berbesar hati ingin memberikan sebiji motosikal kepada insan tersebut.

Fp

Perkongsian ini telah meraih sebanyak 49,000 jumlah perkongsian sepanjang 3 hari ia di muat naik di laman Facebook tersebut.

 

Tolak tawaran

Ekoran dengan penularan hebat di media sosial, pihak kedai telah berjaya menjumpai individu yang dikenali sebagai Syamil ini, bagaimanapun perlawaannya ditolak kerana pemuda tersebut sudah mempunyai motosikal sendiri.

Ribuan terima kasih diucapkan kpd kawan2 FB yg tolong share dan comment. Atas kerjasama kalian, Adik Syamil dah berjaya contact dgan saya dan diberitahu bahawa dia sudah ada sebiji motor Modenas. Dia jujur dan menolak tawaran.Semoga adik dipermudahkan dalam semua urusan.”

Ramai netizen yang juga terharu dengan keikhlasan serta kejujurannya itu dan masing-masing mendoakan kedua-dua belah pihak ini agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Fp3 Fp2

Walaubagaimanapun, disebabkan penularan itu, kedai ini mendakwa bahawa ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan meminta bantuan secara tunai dengan memberikan pelbagai alasan.

Apapun zaman sekarang, jenis-jenis mecam adik Syamil ni memang rare tapi masih wujud! Semoga adik Syamil dimurahkan rezeki.

 

Baca : “Terpengaruh cerita Vincenzo ni”- Hampir Semua Menu Ada Perkataan Mafia, Siap Ada Set Sedekah Untuk Rider Foodpanda

Fp4

 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.