in

“Saya tak setuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya”

Page Mahathir 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kerajaan baru di Malaysia, sememangnya diharapkan ada perubahan kepada negara terutamanya dari segi kebebasan bersuara.


Nasib baik di bawah tampuk kepimpinan yang baru ni, kita dah dapat lihat perubahannya selepas Tun M mengatakan tak setuju dengan tindakan polis yang telah menangkap pengkritiknya.

Gy
sumber: malaysiakini

Menurut Malaysiakini, pada malam tadi, Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi telah memberitahu melalui Facebook yang seorang suspek telah ditangkap susulan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan ‘penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam’.

“SUSPEK HINA TUN M DI FB DITANGKAP”Tangkapan Suspek Kes Menarik Perhatian berkenaan Kenyataan Penghinaan Keterlaluan …

Posted by Polis Langkawi on Thursday, May 17, 2018

Posting Facebook tersebut yang dituruti dengan hashtag #lessonlearn dan #berhemahketikaberbicara mendapat kecaman daripada aktivitis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath di Twitter.

Khalid
sumber: twitter

Mengetahui hal ini, Tun M telah memuat naik posting di Twitter miliknya dan memaklumkan yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut serta undang-undang itu akan dikaji apabila parlimen bersidang nanti.

Yu
sumber: twitter

Tapi harapnya tak adalah yang mengambil kesempatan pulak lepas ni. Kebebasan bersuara bukanlah tiket untuk kita menjadi biadap ye, ingat tu…

Baca: “Dia kata ada banyak kerja untuk binba kerajaan baru, dia minta rakyat faham”

Marina Mahathir 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.