in

“Dia kata ada banyak kerja untuk bina kerajaan baru, dia minta rakyat faham”

Marina Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kita ada dengar keluhan Tun Dr Siti Hasmah yang risau dengan keadaan Tun M tak cukup tidur dan rehat. Sepanjang malam asyik tengok dokumen je. Sedih dengar keluhan Tun Siti, ramai netizen yang mesej Marina Mahathir untuk sampaikan pesan kepada ayahnya.


Menerusi posting Facebook Marina Mahathir, dia telah menjawab persoalan netizen mengenai keadaan ayahnya dan berterima kasih dengan sokongan dan rasa prihatin rakyat terhadap Perdana Menteri itu. Rakyat semua sayang dengan Tun M! Kami nak tengok Tun sihat dan kuat dalam tadbir negara setiap hari. 

20180210 Dr M Marina Twitter 01
sumber: mmo

“Kepada semua, terima kasih sebab hantar mesej-mesej baik yang meminta saya untuk beritahu ayah supaya berehat. Saya baru berjumpa dengannya makan malam tadi dan menyampaikan keprihatinan anda kepada dia. 

“Ayah amat menghargainya dan akan melakukan yang terbaik untuk menjaga dirinya. Tapi kata ayah, dia ada banyak kerja untuk bina kerajaan baru, jadi dia harap anda semua faham,” kata Marina.

Tambah Marina lagi, ayahnya nampak baik-baik je, relax dan dapat rehat yang cukup. Jadi korang jangan lah risau ye. Marina, Tun Siti dan mereka yang lain akan jaga Tun M baik-baik.

105559Zszep238Pezpa8Qe

Buat masa sekarang, kita doakanlah semoga kesihatan Tun M dalam keadaan baik dan umurnya dipanjangkan. Kalau ada apa-apa yang boleh membantu, Tun M jangan segan-segan nak umumkan kayy? Kami semua sedia berkhidmat untuk negara.

Be strong Tun M! 

Baca: “Tun tolonglah rehat dan jaga diri baik-baik…” 

Tun M 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.