in

“Saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu” – Bapa Neelofa Enggan Komen Dakwaan Nikahkan Anaknya Dengan PU Riz

Neelofa Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan muncul isu yang mengatakan pengacara, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa sudah bernikah dengan Pencetus Ummah, Muhammad Haris Mohd Ismail, pihak media segera mendapatkan komen bapa selebriti tersebut yang dikatakan menikahkan mereka di Kelantan.


Menurut Astro Gempak, walau bagaimanapun, Mohd Noor enggan memberi sebarang komen berkenaan dakwaan terbabit. Tambahnya lagi, dia telah mendapat banyak panggilan daripada pelbagai pihak yang bertanyakan kesahihan perkara tersebut.

Sara5
Ayah kandung neelofa dalam bulatan merah

Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini. 

“Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya.

Terdahulu, Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah memberikan penjelasan berkenaan hal tersebut dan meminta orang ramai tidak lagi berspekulasi berkaitan hal itu.

Lofa

Kata Neelofa lagi, keluarganya juga dalam proses perbincangan dengan keluarga PU Riz mengenai status perhubungan mereka.

Moga kedua-dua belah keluarga dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat pasangan ini. 

Baca: “Saman fitnah terusss”- PA Neelofa Cari Syamira Sebab Sebar Berita Palsu Pasal ‘Minyak Pengasih’ PU Riz?

Ft Lofariz

Sumber: Blog
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.