“Saya tak kuat…” – Suami Menangis Isteri Buat Drama, Dakwa Diculik Rupanya Bermalam Dengan Lelaki Lain

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya tak kuat…” – Suami Menangis Isteri Buat Drama, Dakwa Diculik Rupanya Bermalam Dengan Lelaki Lain

Seorang wanita yang dilaporkan telah diculik namun ditemukan selamat bersama rakan-rakan lelaki mengundang kemarahan orang ramai apabila diketahui wanita tersebut sebenarnya telah membuat laporan palsu.

Memetik laporan Berita Harian, wanita yang mendakwa dirinya diculik tempoh hari rupanya mengikut dua lelaki lain untuk bermalam di kawasan sekitar Rompin, Pahang.

J

Artikel berkaitan: Wanita Diceraikan Suami Talak 3 Lepas 27 Hari Kahwin Sebab Angau Dengan Perempuan Lain

Artikel berkaitan: Kantoi Hubungi Ex Masa Sekolah Ketika Isteri Tengah Pantang, Suami Enggan Lafaz Cerai Sebab Sayang

Suami menangis dapat tahu kejadian sebenar

Satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, dipercayai suami wanita terbabit tampil memohon maaf kerana isterinya telah mencetuskan kebimbangan.

Dia juga mengakui gagal menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan sedih dengan insiden yang berlaku dalam rumah tangganya.

“Saya ingin memohon maaf atas semua kesalahan isteri saya. Saya sebagai suami dia, saya berasa sudah gagal menjalankan tanggujawab.

“Saya tak kuat menerima ujian bergitu berat sekali. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kecuaian saya mendidik isteri saya dengan baik.”

Screenshot 2024 08 27 124640

Dalam perkongsian itu, dia turut memuat naik momen menangis kerana begitu kecewa dengan kejadian yang berlaku.

Difahamkan, dia berhasrat untuk memfailkan perceraian terhadap isterinya selepas wanita tersebut tamat perbicaraan.

Menurut laporan, wanita yang mendakwa diculik itu telah ditahan reman bersama dua lelaki selepas didapati ujian saringan awal air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953.

Sumber: TikTok, Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya tak kuat…” – Suami Menangis Isteri Buat Drama, Dakwa Diculik Rupanya Bermalam Dengan Lelaki Lain
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-tak-kuat-suami-menangis-isteri-buat-drama-dakwa-diculik-rupanya-bermalam-dengan-lelaki-lain/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM