Saya tak kisah mati ditangan dia” – Janda Terpikat Dengan Pembunuh Bersiri, Tak Sabar Nak Kahwin Tahun Depan

Kita semua tahu cinta tu buta dan kalau dah sayang tu, memang tak boleh nak fikir mana baik atau buruk.

Macam wanita berasal dari UK ni, dia percaya yang dia dah jatuh cinta dengan seorang banduan yang disabit kesalahan membunuh dua orang dalam masa yang sama (double murderer).

Ernest sekarang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa di Ohio State Penitentiary atas kesalahan membunuh seorang lelaki dan wanita pada tahun 2005 secara ganas.

Menurut MetroUK, Tracy Bottomley, janda berusia 41 tahun ni berkata, dia tak ada niat pun untuk menjalinkan hubungan romantik ketika dia pertama kali menghubungi Ernest Otto Smith yang ditemui melalui iklan rakan pena di Facebook.

Sumber: MetroUK

Namun, Tracy dan Ernest dijangka akan berkahwin pada tahun 2020, walaupun pasangan ini belum pernah berjumpa secara berhadapan.

“Saya tak takut dengan Ernest. Saya bukan orang yang senang takut.

“Saya tahu dia seorang pembunuh bersiri, dan dia dah bunuh beberapa orang. Saya tahu risiko yang saya hadapi tapi saya tetap cintakan dia.

“Kami mempunyai hubungan yang baik, kami faham satu sama lain dan saya selalu tak sabar nak dengar khabar dari dia.

“Saya tak takut mati, saya dah hilang ramai keluarga. Semua orang pun akan mati, itu lumrah hidup.

“Saya pun akan mati satu hari nanti, saya boleh mati esok akibat dari alahan atau saya boleh keluar dan kena pukul, kita takkan pernah tahu.”

“Kena bunuh bukanlah cara yang paling bagus untuk mati, tapi lambat laun saya akan mati jugak dan saya tak kisah kalau saya mati ditangan dia.”

Sumber: MetroUK

“Dalam iklan di Facebook, Ernest dah cakap tentang jenayah yang dia buat. So saya tahu dia kena penjara sebab bunuh dua orang.

“Dia pun ada cakap tentang apa yang dia lalui dan dia jadi macam ni sebab masa dia kecil, dia didera sampai dia ambil dadah untuk lawan depression dan anxiety.

“Saya pun pernah didera sebelum ini, dan cara dia cakap tentang pengalaman dia masa kecil buat saya faham dengan keadaan dia.”

Sumber: MetroUK

Pasangan ini mula e-mail satu sama lain tiga kali sehari dan selepas enam minggu berkomunikasi, Ernest minta untuk telefon Tracy dan wanita ini setuju.

Ernest memberitahu Tracy tentang anak-anaknya, kedai tatu yang dia buka di Toledo dan perincian tentang jenayah yang dia lakukan.

“Dia cerita satu per satu macam mana dia bunuh mangsa-mangsanya dan kenapa.

“Ernest malu jadi pembunuh, dia tengah jalankan hukuman dia dan saya boleh tahu yang dia menyesal dengan apa yang dia buat.”

“Suara dia tak macam seorang pembunuh, dia bukan orang gila. Dia menyesal dengan apa yang dia dah buat. Dia tak boleh nak ubat masa lampau.”

Sumber: MetroUK

Kalau korang nak tahu, Ernest membawa Cathy Barnett ketika dia merompak, menembak dan membunuh James Dillingham di Toledo, Ohio pada 2 Januari, 2005.

Namun, lima hari lepas tu, Ernest takut yang Cathy akan buat laporan polis so dia pukul wanita tu sampai mati dengan dahan pokok.

Bulan lepas, Ernest telah melamar Tracy dengan menghantar video kepada wanita tersebut.

“Saya terkejut bila Ernest lamar saya. Saya sayangkan dia so dah tentu saya terima lamarannya.

“Ernest tak nak saya beli cincin guna duit sendiri, anak dia akan hantarkan duit pada saya untuk beli cincin.

“Saya dah cakap dengan anak-anak dia dan semuanya setuju dengan perkahwinan kami. Mak mereka dah meninggal dan dorang tak kisah kami bersama asalkan dorang tak payah panggi saya Mak.”

 

Baca: Pembunuhan Kitty Genovese: Dibunuh Luar Apartment, 37 Orang Tengok Tapi Sorang Pun Tak Call Polis?

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson