“Saya tak boleh tahan…” – Abang, Adik Sumbang Mahram 3 Tahun, Sampai Dua Kali Beranak & Kini Hamil Anak Ketiga

Tambah ke Sumber Pilihan
“Saya tak boleh tahan…” – Abang, Adik Sumbang Mahram 3 Tahun, Sampai Dua Kali Beranak & Kini Hamil Anak Ketiga

Hubungan sumbang mahram dua beradik akhirnya terbongkar selepas warga sebuah kampung dekat Luwu, Sulawesi Selatan berkumpul beramai-ramai di depan rumah keluarga itu dan sepakat untuk usir mereka.

Menurut Tribun, seorang lelaki berusia 38 tahun telah melakukan hubungan terlarang bersama adik perempuannya berumur 30 tahun sejak 2016 lagi.

Sumbangmahram1
Sumber: Berita Bersatu

Akibat perbuatan haram itu, wanita terbabit telah melahirkan dua anak dan kini sedang sarat mengandung anak yang ketiga. Difahamkan, orang kampung sudah lama rasa curiga dengan keakraban dua beradik tu.

Bukan tu je, dakwaan mereka dikuatkan lagi dengan kelahiran dua anak itu namun apabila ditanya, wanita itu mengaku dia seorang janda dan kanak-kanak terbabit adalah anaknya bersama bekas suami.

Sudah lama dicurigai warga, cuma karena dia statusnya sudah bersuami dua kali jadi warga kira suami lamanya. Tetapi kan tidak pernah dilihat suami mana yang datang, karena kalau ditanya kedua anaknya itu dia mengaku hasil hubungan suaminya.”

Adik
Sumber: Spirit Kita

Namun, semua orang kampung tidak percaya membuatkan mereka mencapai kata sepakat untuk halau seluruh keluarga itu keluar dari kampung berkenaan. Keadaan menjadi sangat tegang hingga pihak polis terpaksa datang untuk menenangkan situasi di tempat kejadian.

Sumbangmahram4
Sumber: Tribun
Sumbangmahram5
Sumber: Tribun

Sewaktu tiba di rumah itu, kedua-dua anak mereka berada di depan dan pada ketika itulah, dua beradik itu kantoi melakukan sumbang mahram. Rumah tersebut didiami dua beradik itu bersama ibu mereka, 2 anak wanita terbabit bersama bekas suami serta 2 anak hasil sumbang mahram.

Saat didatangi di rumahnya, keduanya berada dalam rumah, warga hanya menemui anaknya di depan dan menanyakan keberadaan ibunya. Namun, anaknya mengatakan bahwa sedang di dalam tidur tetapi ditemani omnya (abang). Dari pengakuan anaknya inilah yang makin membuat warga bergejolak dan meminta keduanya mengakui perbuatannya.”

Sumbangmahram6
Sumber: Line Today
Sumbangmahram7
Sumber: Sindo News

Pihak polis kemudian menahan lelaki terbabit dan wanita itu pula dibawa oleh keluarga pergi balai polis kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik. Selepas ditanya, lelaki tersebut mengaku tak dapat kawal nafsu lalu berhubungan seks dengan adik dia sejak 3 tahun lepas dan dua anak serta yang sedang dikandungkan itu adalah hasil sumbang mahram.

Anak saya yang pertama laki-laki, terus anak kedua seorang perempuan. Itu terjadi karena kami tinggal serumah dan saya tidak mampu lagi menahan nafsu.”

Sumbangmahram3
Sumber: inews

Bayangkan malu yang ditanggung keluarga dorang…

Baca: Jijik! Abang Nikahi Adik Bongsu Sendiri

Featured 5

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya tak boleh tahan…” – Abang, Adik Sumbang Mahram 3 Tahun, Sampai Dua Kali Beranak & Kini Hamil Anak Ketiga
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-tak-boleh-tahan-abang-adik-sumbang-mahram-sampai-dua-kali-beranak-kini-hamil-anak-ketiga/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM