in

“Saya tahu orang akan ungkit lepas tindakan saya di TV” – Viral Tweet Lama Bodyshame Orang, Ini Respon Azfar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak video Azfar Firdaus dalam program MHI viral di media sosial, ada netizen yang mula cari balik tweet lamanya.


Tweet itu telah membuatkan isu ini menjadi semakin hangat berikutan dengan sikapnya yang tak sensitif terhadap kemurungan seseorang dan mempersendakan saiz badan orang.

 

I pernah kena lempang dengan perempuan gemuk”

Jika diamati betul-betul, tweet yang Azfar muat naik itu merupakan tweet pada 3 tahun lepas, tahun 2016. Menurut netizen, tweet itu ditujukan untuk seorang wanita yang sedang mengalami depression yang dikenali sebagai Arlina.

Sumber : Twitter

Berikutan dengan penularan tweet lamanya itu, ia mengundang bermacam-macam reaksi daripada netizen, ada yang mengecam dan ada juga yang menyokong.

 

Dulu dia suka gila bahan orang – Netizen

Malah, ada segelintir individu yang menyokongnya pula adalah kerana mereka percaya bahawa Azfar kini dah berubah, ada juga yang membandingkan sikap Azfar berbeza dengan individu yang bersamanya dalam program tv tersebut.

Bagi mereka, Azfar ni learn from mistake malah individu itu terus bodyshame orang biarpun telah menerima banyak kecaman.

Malah ada yang kata Azfar telah pun memohon maaf kepada individu yang bernama Arlina tu.

 

“Sorang belajar dari kesilapan sorang lagi terus buli orang”

Bagaimanapun isu ini sampai sekarang menjadi perbalahan sesama netizen di media sosial, terutamanya di Twitter.

Disebabkan itu, Azfar tampil memberikan respon berkenaan dengan isu tersebut.

 

“Saya minta maaf secara terbuka..Bila saya buat keputusan nak berkata sebegitu di TV, saya tahu akan ada pihak yang ungkit balik hal ni – Azfar

Menurutnya dia dah dapat jangka yang perkara ini dah berlaku selepas dia membuat tindakan tersebut di kaca TV.

Hurm, cerita sebenarnya bab-bab bodyshame je ramai je orang macam tu, ada yang jenis sanggup buat macam tu demi nak dapat perhatian orang ramai, mungkin dengan kawan-kawan tu lain lah cuma kalau dah melampau pastinya akan jadi jelak.

Jadi, pengajaran daripada kisah ni cerminlah diri sebelum nak buli orang.

 

Baca : “Hentam depan-depan siot, live lagi tu” – Netizen Salute Tindakan Savage Azfar Rovski Sound Pemuda ‘Bodyshame’ Di Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.