in

“Hentam depan-depan siot, live lagi tu” – Netizen Salute Tindakan Savage Azfar Rovski Sound Pemuda ‘Bodyshame’ Di Twitter

Albino9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bodyshaming orang memang tak kelakar, lebih-lebih lagi ia dilakukan di media sosial untuk tatapan umum, kebarangkalian mangsa untuk mengalami kemurungan sangat mudah berikutan dengan perbuatan biadap si pelaku tu.



Tapi macam mana pula kalau si mangsa tu sendiri pernah jadi pelaku? Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kelemahan orang, lebih teruk lagi bila penyakit yang memberikan kesan fizikal seperti Albino ini dipersendakan macam Azfar Firdaus selalu kena.

 

Tolong buru dan kerat Azfar

Kita sedia maklum bahawa model berumur 25 tahun ini merupakan penghidap Albino, disebabkan kelamahan yang dijadikan kelebihannya itu telah mengangkat namanya menjadi seorang role model dalam penjagaan kesihatan mental.

Di media sosial, sudah pasti dirinya sering terpalit dengan kutukan, dan persendaan fizikalnya itu  menyebabkan dirinya selalu jadi mangsa buli siber oleh individu yang tak ada sivik.

Salah satunya kecaman seperti ini,

Albino
Sumber : twitter

Nak dipendekkan cerita, Azfar dapat bersemuka dengan pelaku itu secara kebetulan apabila mereka berdua diundang dalam rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini.

Mereka diundang untuk mengupas isu buli siber selaras dengan topik yang dibahaskan iaitu “Hapuskan Sindir Badan, ‘Bodyshaming’ Tak Kelakar”.

Jadi, memang sesuailah Azfar dipanggil kerana dirinya selalu menjadi bahan senda netizen.

Selain Azfar, ada seorang pemuda berbadan tegap yang dikenali sebagai sebagai Shazwan turut diundang untuk mengupas isu tersebut memandangkan dirinya pernah viral dan dikecam berikutan dengan tindakannya menayang badannya itu.

 

Bodyshaming ni benda yang orang tak sedar, daripada jari tu dia rasa macam dia invisible tapi kita kadang-kadang tak tahu yang kita akan berhadapan dengan orang-orang ni, orang yang kita buli ni, in real life, macam ni la.” – Azfar

Peka dengan segala respon negatif yang diterima, tanpa diduga Shazwan sendiri sebenarnya pernah bodyshame Azfar, dan tweet kutukan di atas adalah milik Shazwan.

Mereka bersemuka dan Azfar ceritakan balik tweet yang pernah diberikan oleh Shazwan dikhalayak ramai secara live di dalam program tersebut.

Ia memandangkan Azfar berpeluang bertemu dengan Shazwan yang bukan sahaja mangsa dan juga sebagai contoh si pelaku yang melakukan sindir badan ini.

Keratan video ini telah meraih lebih daripada 10,000 perkongsian di Twitter bagi menunjukkan ramai netizen yang berpuas hati dengan tindakan savage Azfar terhadap si pelaku itu.

Bagaimanapun tweet itu telah dipadamkan, namun ‘mata tajam’ netizen yang sempat screenshot kenyataan tersebut kembali viral biarpun ia dah lama, terjadi sekitar bulan Ogos lalu.

 

Hentam depan-depan siot, Live lagi tu, bravo bravo…Depress sendiri aje fikir – Netizen

Malah, ramai yang mempertikaikan kemunculan Shazwan yang muncul sebagai mangsa.

Albino3 Albino4 Albino5

Tweet tu telah pun dipadam, mereka mungkin dah berbaik dan harap dapat lah belajar dari silap dia.

 

Baca : “Body macam ni gayboy suka lah” – Lelaki Upload Video Tunjuk Badan Sado Dekat Perempuan Tapi Kena ‘Bash’ Balik!

Download 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.