Di zaman serba canggih dan moden ini, bermacam kes jenayah, penipuan, pukau dan sebagainya. Sebab itu, dalam pada kita sedang bergembira dengan apa yang sedang kita lakukan, keselamatan janganlah dipandang ringan atau dilupakan. Kerana keselamatan memang paling penting dan perlu kita utamakan tak kira di mana.
Kelalaian kita adalah peluang untuk mereka yang berniat jahat terus bertindak. Jangan bila sesuatu dah terjadi, baru nak fikir atau nak menyesal. Seperti dua kes di Singapura yang menjadi viral baru-baru ini.
Berbeza sedikit, kes ini terjadi bukan di kawasan awam tetapi seorang lelaki tidak dikenali datang ke rumah dan bertanyakan jika tuan rumah ada bayi/anak-anak.
Cerita dikongsikan oleh Aida Mahat:
“Saya baru hubungi 999. Ada seseorang di hadapan pintu rumah saya. Pintu rumah diketuk dengan kuat. Suami saya buka pintu dan dia beri salam.
“Abang, saya haus. Boleh saya minta air segelas?”
[sociallocker id=1666]
Dengan pantas saya bangun dari sofa. Saya tolak suami ke tepi sedikit dan beritahu lelaki itu, “Abang jangan marah, air dalam rumah saya baru habis. Di depan tu ada 7Eleven. Jangan marah abang. Dah malam, suami saya tidak sihat.”
Lelaki itu menjawab, “Tak mengapa dik, ada anak-anak?”
Tiba-tiba saya teringat yang saya pernah ternampak seseorang post tentang kejadian lebih kurang macam ni. Sambil menutup pintu, lelaki itu tolak pintu semula dan cakap sesuatu yang tidak elok kepada kami.
Alhamdulillah, saya berjaya tutup pintu dengan cepat dan kunci. Namun, saya tetap dapat rasa dia masih ada di luar rumah saya. Sebab itu saya hubungi pihak polis.
Ya Allah, macam-macam lah. Saya tahu dia ada guna ilmu sebab suami saya nampak buntu semasa dia minta air!!! Nasib saya cepat (bertindak).”
Entah apa akan terjadi kepada mereka jika dia lambat bertindak. Sebelumnya, seorang wanita juga berkongsi cerita lebih kurang sama.
[/sociallocker]
Kejadian tersebut berlaku di Yishun jam 1pm di mana wanita itu didatangi lelaki Melayu di tingkap rumahnya dan terus bertanya jika rumah tersebut ada bayi atau tidak. Wanita itu menjawab tiada dan bertanya mengapa ditanya begitu, namun lelaki tersebut terus berlalu pergi.
Walhal sebenarnya, anak-anak beliau berada di dalam bilik. Wanita itu juga mengesyaki lelaki tersebut mengekorinya sejak mereka berada di medan selera. Tidak tahu apa motif lelaki itu dan tidak pasti sama ada ia adalah lelaki yang sama, namun berwaspadalah di mana sahaja.
Kes seperti ini perlu diambil perhatian buat suri rumah yang tinggal bersama anak-anak yang masih kecil. Sentiasa berjaga-jaga, jangan lepaskan anak anda bermain di luar tanpa kawalan. Tiada siapa tahu bahaya yang bakal menimpa. Ingat, kelalaian anda adalah peluang untuk mereka!