in

“Saya sokong UMNO lepas BN kalah”

Sds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Saya sokong UMNO lepas BN kalah"
Loading
/

Baru-baru ini kecoh dekat media sosial, di mana tularnya gambar selebriti di negara kita, Ellie Suriaty, yang ‘buat kecoh’ dekat depan mahkamah. Daripada gambar-gambar dan video yang tular tu, kita sendiri boleh nampak betapa fanatiknya dia dengan BN. Kan…..


Pun begitu, menurut Mstar, Ellie mula sokong UMNO selepas jatuhnya BN. Iyeke ni? Ellie yang berusia 48 tahun tu menyifatkan sokongan yang diberikan adalah satu sifat perjuangan untuk menegakkan keadilan tanpa mengharapkan apa-apa pun balasan.

Sds 1
sumber: twitter

Apa yang berlaku dekat mahkamah tu bukan pakatan atau rancangan, semua yang ada dekat sana mempunyai perasaan yang sama.”

Kami tak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau apa-apa sekalipun. Saya bukannya jenis orang boleh dibeli.”

Ellie menyuarakan kenyataan itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya semalam.

Menerusi video yang berdurasi 17 minit itu jugak, Ellie bagitahu yang dia mula menyokong bekas presiden UMNO itu selepas kerajaan BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Capture 8
sumber: mstar

Saya masuk UMNO selepas BN jatuh, kerana saya kenangkan nasib anak bangsa kita nanti.”

Apa akan jadi dengan nasib anak Melayu dan agama Islam.”

Ellie jugak luahkan rasa kesal dengan kecaman netizen yang ada segelintir daripadanya menuduh dengan pelbagai komen negatif, terutamanya menyentuh tentang dirinya yang tak menutup aurat.

Ramai yang kecam saya kata saya kuat sembang berjuang demi agama, bangsa dan negara, tapi saya tak pakai tudung. Mereka kecam saya sedahsyat-dahsyatnya.”

Jelas Ellie, dia masih belum tutup aurat sebab sekarang ini dia masih lagi aktif dalam lakonan, dan setiap lakonan bawa pelbagai watak yang tak bertudung. Erkkk..

Yang netizen tu udah-udahlah kecam kak Ellie ni.. Kesian pulak tengok huhuhu…

Baca: Eliie Suriaty Menangis Mahu Najib Jadi PM Semula

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.