Ellie Suriati Menangis Mahu Najib Jadi PM Semula

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bagi mereka yang mengikuti berita mengenai sesi prosiding Datuk Seri Najib Razak semalam di mahkamah, korang mesti tak terlepas tentang kekecohan yang berlaku di sana melibatkan pelakon terkenal, Ellie Suriati.

Dikenakan amaran serta IC diambil oleh polis, Ellie Suriati semalam menjelaskan sebab atas tindakan beraninya tu. Menurut Malaysiakini, pengarah filem Penanggal ni sebenarnya sangat mengagumi kepimpinan Najib Razak yang dianggap sebagai Perdana Menteri terbaik yang Malaysia pernah ada sebelum ni. 

Sumber: Malaysiakini

“Saya hadir bagi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Razak, dia salah seorang Perdana Menteri Malaysia yang terbaik yang kita pernah ada.

“Kalau ada rezeki kita nak dia jadi Perdana Menteri kita lagi kerana kecemerlangan dia dalam kepimpinan tak ada tolok bandingnya.

“Setiap perdana menteri ada keistimewaan masing-masing tapi dia ada keistimewaan yang sangat berjiwa rakyat dan itu samalah dengan sikap bapa dia.

“Selalu pun kalau dalam apa-apa bidang kita tak dapat acuan, ayah, anak. Sekali-sekala kita akan dapat acuan itu dan acuan itu dalam Tun Razak,” jelasnya.

Ellie yang juga sebak berkata sepanjang Najib menjadi PM, beliau sentiasa jaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam termasuk suka menderma tanpa menunjuk-nunjuk kepada semua orang.

Pelakon ni dilihat menangis teresak-esak sambil ditenangkan seorang rakan di mahkamah telah mendapat perhatian media yang berada di tempat kejadian. Bila ditanya kenapa Ellie menitiskan air mata, dia menjawab yang dia terlalu sedih kenangkan layanan yang diterima Najib.

Sumber: mStar

“Bagi saya kenapa layan pemimpin yang bagus macam tu, saya pernah jumpa dia, pada satu majlis mengenang budi, saya nak lihat dia dari dekat. Saya tak percaya orang boleh buat dia macam tu,” kata Ellie, sedih.

Isteri kepada pelakon Azri Iskandar ni juga sempat memberi komen tentang Pakatan Harapan dengan mengatakan kerajaan ni tak jalankan proses demokrasi dengan sebenar-benarnya berbanding pada zaman Najib. Oh macam tu…

“Saya rasa pemerintahan sekarang paranoid sebab saya nak tahu benar-benar sistem demokrasi berjalan sekarang sebab saya rasa sangat teruk dan adakah rule of law akan dipraktikkan seperti sebelum ini,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Selain Ellie, puluhan lagi penyokong bekas PM tersebut hadir beri sokongan di Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Rakyat sudah memilih. Kalau mahu Najib lagi, kenalah tunggu 5 tahun akan datang. 

Baca: Ellie Suriati Cetus Provokasi Laung Sokong Najib

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!