in

“Saya serah pada Tuhan” – [VIDEO] Pakcik Viral Akhirnya Buka Mulut, Akui Tidak Kecil Hati

Ft Pakcik Gelandangan Viral Buka Mulut Respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecaman demi kecaman dihemburkan oleh netizen kepada founder sebuah jenama fesyen, Carl Samsudin selepas viral sebuah video menunjukkannya berkomunikasi dengan seorang pakcik di pusat gelandangan.

Ramai netizen mengkritiknya kerana bercakap dengan nada yang tinggi selain turut berpendapat Carl seolah-olah menghina dan memalukan warga emas terbabit. Carl bagaimanapun telah membuat permohonan maaf melalui Instagram peribadinya dan berkata dia berniat untuk berjumpa pakcik itu untuk menyelesaikan isu ini.


Carl2

 

“Saya tidak berkecil hati”

Sehingga kini isu tersebut masih diperkatakan di media sosial dan terbaru, pakcik tersebut telah memberikan respon susulan dirinya menjadi sebutan netizen dek kerana insiden itu.

Sebuah video dimuat naik di TikTok BernamaTV menunjukkan seorang wartawan telah ke pusat gelandangan tersebut bagi mendapatkan respon penyelia tempat itu. Wartawan berkenaan kemudian meminta kebenaran untuk berjumpa bagi tujuan temu ramah pakcik tersebut.

Ditanya tentang hal berkenaan, pakcik itu berkata dia tidak berkecil hati dan sempat menceritakan situasi sebenar ketika video tersebut dirakam dan menjadi viral.

Saya tidak berkecil hati.”

Dia (Carl) cakap, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri mengubah nasib kita.”

Pakcik6

 

Berterima kasih pada netizen

Dia kemudian ditanya jika mempunyai apa-apa yang hendak dikatakan kepada netizen yang bersimpati terhadap apa yang berlaku kepadanya di dalam video tersebut. Pakcik itu kemudian dilihat mula sebak dan berterima kasih terhadap semua yang mengambil berat terhadapnya.

Terima kasih banyaklah. Saya tak boleh balas. Saya hanya serah kepada Tuhan.”

Ya dia (Carl) betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita. Kita sendiri ubah.”

@bernamatvofficial

PAK CIK GELANDANGAN YANG VIRAL #pakcikgelandangan #bernamatv #502astro #viral #kitajagakita

♬ original sound – Bernama TV – Bernama TV

 

“Tengok mata nampak kecil hati tapi orang tua biasanya tak tunjuk”

Meskipun sudah berkata tidak berkecil hati namun ramai netizen memberikan respon dan komen masing-masing di ruangan komen. Ramai yang berpendapat pakcik itu berkecil hati namun sama ada tidak mahu menunjukkan dirinya terasa atau kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ada juga yang akui turut berasa sebak melihat pakcik itu dan segelintir netizen pula memujinya kerana masih beradab meskipun dikatakan sudah dimalukan sebegitu.

Komen Tiktok1

Komen Tiktok2

Komen Tiktok3

Harap founder tu lekas berjumpa pakcik dan selesaikan isu yang masih menjadi bualan netizen ni. Moga kedua-duanya ikhlas bermaaf-maafan. Kita sendiri pun boleh ambil iktibar dan pengajaran daripada video viral ni, tak gitu?

Baca: “Saya tak berniat menghina sesiapa terutama uncle itu” – Founder Mohon Maaf, Isu Biadap Dengan Orang Tua

Maaf Carl

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.