“Loya tekak!” – [VIDEO] Dah Makan Banyak Suap, Baru Perasan Dalam Botol Kicap Ada Banyak Lipas

Tambah ke Sumber Pilihan
“Loya tekak!” – [VIDEO] Dah Makan Banyak Suap, Baru Perasan Dalam Botol Kicap Ada Banyak Lipas

Siapa sahaja yang tak terkejut jika makanan yang sedang dinikmati tiba-tiba ada bendasing yang tidak sepatutnya ada di situ.

Sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang wanita terpotong seleranya apabila kicap yang digunakan untuk menambah perisa makanannya itu terdapat beberapa ekor lipas yang sudah besar.

Artikel berkaitan: “Lipas tu comey” – Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Adik Ini Sayang Lipas

Artikel berkaitan: “Kenapa nak bela?” – Video Unboxing Lipas Beli ‘Online’ Buat Ramai Meremang

Video yang dikongsikan oleh @laylaazli itu menunjukkan wanita tersebut menggoncang botol yang mempunyai beberapa ekor lipas itu ketika sedang makan nasi berlauk.

“Al kisah, kicap ni dah nak habis tapi aku tuang kali pertama kat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang ini ya.

Aku dah telan nasi 2,3,4 suap dah, kali kedua tu baru perasan syaiton nya lahai. Harap takde pape jadi. Apa-apa update selepas 24 jam,” tulisnya di dalam video itu.

Lebih menghiburkan, pengguna TikTok itu juga meluahkan rasa marahnya secara berseloroh dalam kapsyen video itu dengan ‘menyumpah’ tujuh keturunan lipas tersebut tidak boleh bertelur.

“Kembang tekak oi!” 

Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata antara mereka turut loya melihat video berdurasi 11 saat itu.

Cats 41

Allahu, min yang tulis pun trauma!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Loya tekak!” – [VIDEO] Dah Makan Banyak Suap, Baru Perasan Dalam Botol Kicap Ada Banyak Lipas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/loya-tekak-video-dah-makan-banyak-suap-baru-perasan-dalam-botol-kicap-ada-banyak-lipas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM