in

“Saya selalu buat…” – Doktor Psikiatri Patut Rawat Mangsa Rogol Trauma, Tapi Sebaliknya Cakap Dia Patut ‘Enjoy’

Dr Gurdeep Lucah

Sepatutnya seorang doktor psikiatri membantu pesakit daripada mengalami gangguan emosi, mental dan sebagainya. Tapi seorang doktor psikiatri dekat sebuah hospital di Petaling Jaya sebaliknya bagi gangguan seksual dekat pesakit dia sendiri yang juga dikatakan mangsa rogol.

Menurut WORLD OF BUZZ, Dr. Gurdeep ni telah musnahkan kepercayaan pesakit dia yang bernama Cik A. Dia dikatakan masih dalam rawatan dan memerlukan sokongan emosi selepas melalui trauma dalam hidup dia.

Dr. Gurdeep yang sepatutnya bagi nasihat profesional kepada mangsa rogol sebaliknya menyalahgunakan tanggungjawab dia dan memberitahu Cik A yang “seks itu bagus”, dia sendiri selalu buat seks dan “sepatutnya seks itu dinikmati”.

Difahamkan, wanita itu telah dirujukkan kepada Dr. Gurdeep untuk rawatan pada awal tahun 2019 namun tidak menyangka hidup dia akan jadi lagi teruk sejak daripada temu janji pertama dengan doktor ni.

Gangguan tu bermula selepas beberapa sesi rundingan dengan Dr. Gurdeep, di mana dia mula mesej Cik A melalui Whatsapp.

Doktor2
sumber: wob

Perbualan tu pada mulanya biasa dan profesional tetapi makin lama makin bertukar kepada perbualan seksual. Bukan tu je, Dr. Gurdeep ni dikatakan pernah call Cik A sambil beronani dan ajak dia join.

Memang terkejut Cik A masa tu, so dia pun abaikan ‘jemputan’ dan cadangan Dr. Gurdeep ni dan teruskan bercakap dengan cara profesional.

Doctor1

Doctor2
sumber: wob

Tapi masalahnya, Dr. Gurdeep tu tetap terus mesej dia dan tiba-tiba hantar gambar lucah dan gambar bogel dia. Lepas tu, dia minta Cik A pun hantar juga gambar macam tu! Dia juga ada tunjuk dekat Cik A dia punya sex toy, katanya dia beli untuk dorang berdua gunakan. Selain tu, dia juga ada offer Cik A pil ecstasy dan jemput wanita tersebut datang ke rumahnya.

Doctor3

Doctor4

Doctor5
sumber: wob

Disebabkan Dr. Gurdeep punya perangai macam ni, Cik A berhenti berjumpa dengan dia sebab katanya dia mula dapat anxiety attack setiap hari, tak boleh tidur malam dan pernah juga terfikir nak cederakan diri sendiri.

Tapi, Dr. Gurdeep ni tetap tak faham bahasa dan masih selamba hantar mesej dekat Cik A bertanya berkali-kali macam mana keadaan dia.

Doctor6
sumber: wob

Difahamkan, dia dah laporkan hal tersebut kepada pihak hospital dan kini siasatan sedang dijalankan. Pihak hospital pun dah maklumkan mereka ada terima aduan tentang insiden. Doktor tu dah digantung kerja serta merta pada 6 Julai lepas dan kemudian telah diberhentikan kerja di hospital terbabit pada 15 Julai.

Doktor macam ni lah busukkan nama doktor doktor yang lain…

Baca: Geng PU Buat Hal Lagi? Kecoh Tersebar Gambar Lucah Mirip Pendakwah Selebriti Pegang Alat Sulit Dalam Tandas!

Rippp