fbpx
in

“Saya sangat bangga & terharu” – ‘Pilot’ Wanita Antara 5 Juruterbang Bawa Vaksin Sinovac ke Malaysia

3Pilot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, 23 tahun telah diberi peranan mengendalikan pesawat untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini dengan muatan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac.


Diberi tanggungjawab bersama 4 juruterbang yang lain, Nur Waie telah selamat tiba di KLIA bersama muatan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac kira-kira 9.00 pagi tadi. Menurut laporan Astro Awani, beliau meluahkan rasa bangga dan terharu kerana dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pesawat berkenaan.

Screenshot 2021 02 27 At 3.57.24 Pm

Saya sangat bangga dan terharu” – Nur Waie Hidayah
Selain Nur Waie, empat juruterbang lain yang mengendalikan pesawat itu adalah Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanudean Al-Haj, Chin Vu Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali.
Beliau turut menambah, pasukan juruterbang itu telah membuat persiapan sejak lima bulan lepas termasuk mempelajari mengenai envirotainer iaitu bekas khas mengandungi vaksin jenis Sinovac yang berkemampuan mengekalkan suhu kandungan antara 2 hingga 8 darjah celcius.
Screenshot 2021 02 27 At 11.24.50 Am
Sumber: twitter @bernamadotcom
Vaksin keluaran Sinovac itu merupakan vaksin Covid-19 kedua yang tiba di Malaysia selepas vaksin Pfizer-BioNTech yang tiba pada Ahad lepas.
1Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top