in

Kes Serang Guru Di Kuching: Polis Sahkan Pelajar Bawa Mercun & Kap*k Cederakan Guru

Syaz Ft 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar di media sosial apabila seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bertindak luar kawalan dengan melakukan penstriman langsung (live streaming) ketika menyerang seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.03 pagi itu telah disahkan oleh Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, selepas Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan.


Menurut pihak polis, remaja terbabit dilaporkan membawa mercun serta mencederakan guru berkenaan menggunakan sebilah kapak.

Artikel berkaitan: Gempar! Guru Cedera Ketika Cuba Rampas Objek Tajam Dibawa Pelajar Di Sebuah Sekolah Di Kuching

Artikel berkaitan: Hampir 6,000 Kes Buli Dilaporkan Berlaku Di Sekolah Dalam Tempoh 8 Bulan Tahun Ini – PM

Dalam video berdurasi 12 minit 06 saat yang sempat tular dari sudut pandangan (POV) remaja tersebut, mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian tangan. Walau bagaimanapun, kandungan video tersebut telah pun diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Images 2 1

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957 (ABKL 1957) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pelajar Bukan Lagi Murid TPH, Guru Semakin Pulih

Susulan insiden berkenaan, pihak sekolah antarabangsa Tunku Putra-HELP (TPH) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bertarikh 21 Oktober 2026 bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Pihak TPH mengesahkan guru wanita yang tercedera telah dikejarkan ke hospital melalui perkhidmatan ambulans. Beliau kini berada dalam keadaan stabil tanpa kecederaan kritikal. Pihak sekolah turut menzahirkan rasa kagum dan terima kasih atas keberanian serta ketenangan guru tersebut sewaktu berdepan situasi bahaya.

Difahamkan, sekolah tersebut akan beroperasi semula pada Khamis, 22 Oktober 2026 selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa. Bagi memperketatkan kawalan, tiga pegawai polis polis bantuan (ancillary police officers) akan ditempatkan di kawasan sekolah serta pemeriksaan keselamatan akan dijalankan di pintu masuk. Sesi kaunseling turut disediakan buat pelajar yang terkesan.

Pihak TPH dalam masa sama merayu orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan polis, di samping menghormati privasi pihak yang terlibat.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.