in

“Saya rasa macam eeee…” – Cik B ‘Cringe’ Dengar Janji Iqbal, Nak Jaga & Jadi Bapa Baru Yang Baik

Bila Masa Saya Anak Dia Cik B Iqbal Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi, hubungan cinta Dato’ Seri Vida atau DSV dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli kini jadi perbualan hangat netizen.



Isu ini menjadi lebih sensasi apabila anak DSV, Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin dikatakan tidak merestui hubungan mereka.

Cikb

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Cik B telah memberi reaksi terhadap janji yang dinyatakan Iqbal iaitu mahu menjaga anak-anak usahawan kosmetik tersebut dengan baik.

Saya akan akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak.

“Bila masa saya anak dia? Macam itulah, Saya rasa macam ‘eeee’. Rasa ‘cringe’ (geli),” katanya berterus terang.

@erlyszna

#fypシ

♬ original sound – Ellysuziana🦋 – Ellysuziana🦋

“Terlalu surprise, shocking” – Cik B 

Selain itu, Cik B juga menerusi temubual di mStar berkata, dia agak terkejut dengan perancangan ibunya yang ingin berkahwin dengan Iqbal secara mengejut.

“Bagi saya perkara ini terjadi terlalu surprise, terlalu shocking. Cepatnya macam tiba-tiba nak kahwin. 

“Adalah kisahnya saya tak suka dengan Iqbal tapi saya nak bagitahu. Bukan tak suka tapi tak ngam lah. 

“Diorang selalu macam sweet-sweet belakang saya macam tu. Saya tetap dengan pendirian saya kerana saya seorang je sekarang ni yang boleh stop this perkahwinan. 

“Tak sebab saya tak ngam dengan dia, itu je. Banyak lah, banyak benda tapi saya tak boleh bagitahu,” katanya lagi.

@mstarmalaysia

Cik B tunjuk reaksi geli tengok video ‘sweet’ Iqbal dan Vida, berkeras halang cinta ibu. #mstarnews #mstar #fyp #BeritaDiTiktok

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Terdahulu heboh di media sosial apabila DSV dan Iqbal mendedahkan perancangan perkahwinan mereka serta video daripada Vida sendiri yang meminta orang ramai mendoakan anaknya, Cik B dilembutkan hati dan menerima hubungannya dengan Iqbal.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat semua. Semoga Cik B dan DSV dapat berbincang baik-baik tentang isu ni.

Baca: “Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal” – Cik B

Cik B Vida Iqbal

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.