in

“Saya nak kumpul duit dulu” – Penjual Terharu Budak Darjah 5 Sanggup Kumpul Duit RM25 Demi Nak Beli 2 Paket Corndog

Cedapnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min ingat lagi masa zaman kecil, kalau nak beli sesuatu mesti kena kumpul duit dulu. Mana boleh nak minta macam tu je kan kat parents? Tak sampai hati sebab dorang pun ada banyak benda nak kena bayar.


Kegigihan macam ni lah yang ditonjolkan seorang budak darjah 5 bila dia dan kawan-kawan teringin sangat nak makan corndog. Dorang ni orderlah dekat seorang penjual ni tetapi minta tangguh CODnya sebab masih tak cukup kumpul duit. Lahaiii…. 

 

“Kesungguhan budak ni kumpul duit nak makan corndog buat aku tersentuh gila” 

Menerusi tweet yang dikongsikan Kinafairy ni, seorang budak darjah 5 telah order dengannya 2 paket corndog dan janji nak COD dua hari lepas. Tapi budak tersebut tiba-tiba pulak nak cancel order sebab katanya masih tak cukup duit untuk bayar RM30 tu.

Mula-mula Kinafairy ni ingat budak tersebut nak scam dia, tapi bila dia tengok kesungguhan budak-budak ni nak kumpul duit hingga cukup RM25, tersentuh pula hatinya sampai nak bagi free sepaket. 

 

“Sampai kat rumah dia, aku nampak la dua orang budak perempuan tengah tunggu kat bawah pokok” 

 

“Happynya muka diorang bukan main lagi. Sejak bila lah tu diorang ni kepengen nak corndog” 

 

“Semoga rezeki anda semakin melimpah ruah dan kekal maju” 

Rata-rata netizen yang membaca tweet ni juga turut rasa terharu dengan kisah budak tersebut dan berdoa semoga penjual corndog ni terus sukses dalam bisnesnya. Tak rugi pun kita bersedekah dan beri lebih kepada mereka yang memerlukan.

Makan
sumber: twitter

Bagi korang yang teringin nak makan corndog ni jugak, boleh je follow ig @corndog_malaysia

Baca: “Duit bulanan saya bagi” –  Idea Ayah Wanita Ini Nak Raih Perhatian Anak & ‘Kumpul Harta’ Buat Netizen Kagum

Hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.